Kuasa

Amekaw
Gelisah.
Seperti cacing kepanasan.

------

"Result dah boleh check hari ni 😂"
-- umum seorang rakan dalam grup Whatsapp Sisterbear. 

Aisy dah tak keruan. 
Nafas ditarik dalam-dalam, cuba melegakan adrenalinnya yang mengalir laju dalam saluran darahnya.

Link akaun pelajar ditekannya. Jari-jemarinya yang kurus laju menaip nombor kad pengenalan dan kata laluannya. 

"Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah."

~MASUK~

Dia sabar menunggu laman  itu dimuat turun dengan keadaan telefon pintarnya yang selalu "hang".

Satu per satu data terpapar di skrin. 
Nafasnya ditahan.

"Hahaha."
Dia hanya mampu ketawa 
Ketawa janggal.

Kepala digeleng perlahan. 
"Astaghfirullahalazhim, Aisy Aisy."

----
Oktober 2014

"Assalamualaikum ibu. Err Aisy baru keluar ni. Ikut kawan gi ambil barang program."

"Pergi mana? Naik apa?"

"KL. Naik kereta sewa."

Jarum pendek jamnya sudah menunjukkan ke angka tiga. 1500. Perjalanan kami masih jauh. 

"Ok hati-hati. Jangan balik malam."

"Ok ibu. Assalamualaikum."

----

"Weh, aku dengan Dian kena cari tshirt untuk program Sabtu ni. Kitorang survey-survey dulu, pastu baru beli. Ok? ," kata Amal.

"Set, nanti jumpa dekat depan Guardian."

Aisy dan Liana singgah di satu kedai kasut. Ada promosi menarik. Dua pasang kasut untuk harga RM50! 

30 minit berlalu. Jam menunjukkan jam 9 malam. 2100.

Ting! Bunyi dentingan loceng itu menandakan ada mesej baru masuk ke peti mesej.

~A Ibu: Kat mana tu?~

"Alamak. Mak aku dah tanya ni."

~Masih kat mall.~
Telefon bimbitnya disimpan kembali kemas-kemas dalam beg.

Dan matanya terus melihat-lihat deretan kasut di rak-rak kasut kedai itu.

------

--A Ibu calling --

"Assalamualaikum ibu."

"Waalaikumussalam. Ada kat mana?"

"Err kat mall, hehe."

"Kenapa tak balik lagi? Kan tau ibu tak suka Aisy balik lambat?"

"Ye Aisy tahu," jawabnya acuh tak acuh. Aisy dah selalu dileteri kebelakangan ini. Bila nak keluar "mengembara" , ada sahaja halangan dan syarat ketat yang dikenakan ibunya. Disebabkan terlalu kerap, gertakan ibu sudah semakin kehilangan bisanya. 

"Dah tu?" Suara ibu makin meninggi.

"Ok ok. Nak balik dah ni."

"Ajak kawan balik. Kalau tak, ibu takkan bagi Aisy keluar lagi. Anak dara tak elok keluar malam-malam."

"Alaa. Ok la ibu. Aisy cuba cakap kat diorang.  Assalamualaikum."

Panggilan telefon itu diputuskan. 
---

2145. 
Dua orang rakannya masih sakan membeli belah. Aisy sudah gelisah. Risau pula dengan ugutan ibunya. 

"Akhirnyaaa kau muncul, Amal. Ada apa-apa lagi ke nak cari?"

Amal yang sedang tertunduk menilik tshirt yang baru dibelinya, menghalakan pandangan tepat ke wajah Aisy. Tajam ke matanya.

"Ni yang aku malas kalau keluar dengan Aisy, asyik nak balik awal je. Baru 9.45. Malam masih muda. Relax-relax la dulu."

Aisy diam membisu. 

"Tapi betul la, perempuan tak elok berlegar-legar malam-malam ni," ujar Liana, melegakan sedikit kejanggalannya. 

Kadang-kadang dia terikat antara taat mak ayah dan dicop "skema",
Dengan usaha untuk adaptasi dengan kelompok kawan barunya. 
----

2230

Kereta Viva berwarna putih itu sudah selamat dihantar ke pemiliknya. Kini mereka ditahan di pondok pengawal.

"Awak tahu awak balik lambat ni satu kesalahan?!," sergah makcik guard. Tiada langsung riak mesra pada wajahnya, seolah-olah ingin  menunjukkan betapa seriusnya kesalahan mereka.

"Tahu," jawab mereka dengan selamba. Muka kosong daripada ekspresi bersalah. 

Dakwat merah dicop ke atas ruangan petak tandatangan pengawal. Sekali dengan jelingan penuh kejengkelan. 
-MASUK LEWAT KAMPUS-

Lali. 

"Terima kasih cik!", lalu mereka mula melangkah masuk ke  Kolej Iqra', menyusuri kegelapan malam.

Setapak demi setapak menuju kolej kediaman, mereka berjalan bertemankan cahaya malap rembulan dan berhalwakan nyanyian cengkerik yang bersahutan. 

Empat kelibat itu berjalan santai, gembira kerana telah berjaya menamatkan "pengembaraan"
mereka.
Puas. 
----

"Ibu."

Telefon pintarnya yang memaparkan keputusan peperiksaanya dihulurkan kepada Ibu.

"Teruk sangat, bu. Malu."
Aisy dapat merasakan mukanya mula kemerahan. 

"Agak la. Kenapa ni Aisy?"

"Tak tau. Hehe."
Giggle kejanggalan. Kepalanya yang tak gatal digaru-garu. Dia tersengeh seperti kerang busuk.

-----

"Tahniah semua! 😊"
-- sumber: ApaAplikasi

Whatsapp lah.

Aisy menghempaskan telefon pintarnya ke atas katil bersaiz permaisuri itu. 

Fikirannya berserabut disesakkan kekecewaan. Dia memang dapat agak keputusannya takkan cemerlang kali ini tapi tak disangka seteruk ini.

Sebenarnya dia teramat malu.

"Rasa nak duduk dalam kotak sorang-sorang, seal rapat-rapat,"getus hati kecil Aisy.

Keputusan peperiksaannya seolah-olah menunjukkan dia hanya bermain-main selama berada di Kolej Iqra'. 
Tak serius, tak fokus dan sibuk dengan hal selain al-Quran selama ini. 

Mungkin ada benarnya, tapi nak kata dia tak usaha?
Dia telah usaha keras, cuba menyeimbangkan masa untuk al--Quran dengan gerak kerja.

Tapi entah.
-----
Sahabat-sahabat rapat Aisy pun tak menyangka, keputusannya sebegitu rupa. Mungkin melihatkan sedikit sebanyak usahanya beruzlah untuk memusatkan fokus kepada al-Quran. 

Maka, setelab berfikir-fikir, menilik- nilik kembali kehidupannya di Kolej Iqra',

hanya satu faktor yang dapat mengubah segalanya. 

Memberikan keajaiban bagi sesetengah orang, 
dan mengundang kejutan pedih kepada sebahagian lain;

Barakah. 

Aisy merasakan faktor keberkatan ialah faktor utama yang menyebabkan keputusan peperiksaannya umpama telur di hujung tanduk.

Satu daripada sebabnya, sejak masuk Kolej Iqra', dia lebih bebas berbuat semahunya. Segala pesanan ibu ibarat angin lalu. 

Aisy jarang sekali dapat keluar melepak dengan rakan-rakan semasa di bangku sekolah. Setiap langkahnya pasti dikawal rapi. 

Darah panasnya yang menggelegak mencuba semua perkara perlu dikawal. Jangan sampai melangkaui batasan yang ibu bapanya tetapkan. 

Taat selagi tak melanggar syariat.
Kalau ada perkara yang boleh dirundingkan, maka silakan berbincang secara baik dan beradab.

Adab.
---

"Padan muka kau, Aisy. Padan muka. Salah sendiri," monolognya. 
--
Dah lah, kesat air mata tu.
Gagahkan balik hati 
Semarakkan balik semangat yang luntur
Kau masih ada masa.

5 bulan. 
Peluang untuk tebus kesalahan dulu. 
Untuk pahat al-Quran di hati sekemas-kemasnya.

----
Tu lah.

Main-main dengan barakah?
Dur hanya selangkah.

Sudah-sudahlah,
Ikut cakap mak ayah.

Anak emak?
Mestilah. 

--- 

"Bila habis cuti ni?Nak balik Kolej Iqra' cepat-cepat ! "


Comments

Popular Posts