JELAJAH FULUS GALAXY (VERSI EKSPRES)

Bismillah. Ini kisah tuntas kami dalam mencari sponsor untuk pembikinan majalah Galaxy. Kalau dah start baca, mohon baca sampai habis. Semoga berguna. 

1. Saring beratus-ratus syarikat. Short-list. Call, emel. Update. Faks terhad. 
Tunggu, tunggu respon.

Akhirnya, hampa. Tiada satu yang memberikan respon positif. Satu demi satu surat penolakan tiba di tangan bos besar. Cara atas talian sangat tak berkesan. 

2. Cara berdepan "face to face".
Singkatnya, premis-hopping (ala-ala island hopping) di Rawang bawah sinaran mentari terik. Don't ever do this again. 

Pandangan orang terhadap kami= 
Peminta derma. 
Hasil perjalanan= sekeping not hijau=RM5

*jangan minta kat bank cawangan, depa kena rujuk HQ (headquarters). Begitu juga dengan premis gergasi; Giant, Parkson dsb.

Cara kedua yang kurang berkesan. Sebab kebanyakan toko , taukenya nggak ada di situ. Jadi, pekerjanya nggak punya kuasa apa-apa untuk memberi. Melainkan hati mereka mulia, bapak-bapak ibu-ibu. 

Kawasan KKB, banin yg pergi. 
Alhamdulillah, tak pulang dengan tangan kosong.

3. Jualan
Brainstorm, brainstorm. Nak jual apaaa?

Mula-mula; ada cadangan ice blended, tak jadi. Takde blender.
Makanan bergoreng? Naaah, sama dengan ekon. 

So akhirnya,
- Honey stick 
Dijual pada majlis, pass-pass masa inside. 

- Stok air mineral 
Sangat laku di asrama banat, memandangkan ada sesetengah yang sensitif dengan air coway. Walaubagaimanapun, jualan air mineral ini memerlukan pengorbanan. Bayangkan, pada pukul 11 malam, tatkala kebiasaannya ramai sedang enak skrol laman pencicip dan MukaBuku/ tertidur enak dek kelesuan iadah, kotak -kotak air tiba di lobi dan perlu diangkut ke atas dan dihantar secara percuma ke bilik-bilik pelanggan. Maka, terkedek-kedeklah kru untuk menghantar pesanan pelanggan walau dihambat keletihan dan sedikit campuran mim alif lam sin. 

*Note: Delivery service attracts customers. Ye lah, manusia hari ni suka ternak lemak kan. 
Tadhiah!

- Trifle 
Insan pemurah sponsor, moga Allah merahmati
- Roti sosej 
Insan pemurah sponsor
- Keropok Seameque
 diimport dari Terengganu
- Aiskrim Malaysia (banin) 

4. MAIWP
Perjalanan benar-benar penuh dugaan.
Call prebet, semua full. Tunggu, tunggu, dlm 12 lebih baru gerak dari DQ. Dalam perjalanan KKB-Rawang, bekalan elektrik pula terputus. Terkandas dalam tren selama sejam. Dan ketika itu, kami tidak tahu pun laluan ke sana. Tukar gerabak tren. Dah gelabah, sama ada sempat atau tidak nak sampai MAIWP sebelum pejabat tutup sebab destinasi kami masih jauh lagi. Kemungkinan sampai di pejabat tu dalam pukul 4 lebih. Tipis.
----
"In syaa Allah. Robbuna yusahhil lakun =)

Signature text:
Kepercayaan yang terasas, ialah percaya pada Rahmat Allah."
- Terima kasih sangat along ROCC, atas kata-kata semangat ni. Dan kami nekad meneruskan perjalanan. 

Turun di KL Sentral, naik LRT, tukar ke Laluan Ampang di stesen Masjid Jamek, turun di Hang Tuah. Naik teksi ke pejabat berkenaan. Jejak pejabat dalam pukul 4.15. Sempat-sempat je. Lagi lega, bila tengok masa tutup pukul 5 petang. 
"We still have time."

Masuk pejabat, tersalah kaunter pula. Bila dah jumpa kaunter yang betul, bagi sedikit penerangan, serah KKD, tukar-tukar nombor telefon yang berkenaan, kami pun melangkah pulang dengan penuh kelegaan. 

Memang rezeki. Dan Alhamdulillah, sponsor terbesar datang daripada ni.  

5. Networking
Ini cara paling berkesan. 

Ibu bapa dan keluarga kru Galaxy sangat-sangat banyak membantu, sama ada beri sumbangan direct atau turut turun padang. 

Contoh: 
Ada ibu yang pergi ke kedai-kedai yang biasa berurusan dengannya untuk minta sponsor. Dahsyat, sangat-sangat berterima kasih. Hasil daripadanya ada lebih kurg RM1K. 

Ada bapa yang menemani kru (anaknya) mengemukakan permohonan sponsor ke wakil rakyat dan membentangkan permohonan sponsor kepada syarikat koperasi keluarga. 

Ada seorang bapa kru lain yang tolong hantar air mineral ke DQ tanpa tuntut  kos duit minyak langsung untuk penghantaran. Biasanya beliau hantar stok air tersebut pada waktu malam dek kesibukan pada waktu siang. 

Ada yang sponsor kos pembuatan dan penghantaran trifle dan roti sosej. Tanpa claim satu sen pun. Maka kami berpeluang dapat untung bersih yang agak lumayan. 

Ada yang connection dengan pemilik syarikat katering yang pemurah. "Sebut je berapa yang awak perlu."

Alhamdulillah, banyak pihak yang membantu. Benar, Allah lah yang membuka hati-hati manusia ini untuk memberi. 

LAST WORDS:
Kuncinya; 
- Kerja keras, tak boleh putus asa sebab ini amanah.
- Percaya pada pertolongan Allah, there is always a way out. Kami hampir putus asa semasa di Rawang. Akhirnya, duit sedekah RM5 dari pakcik Cina tulah yang menjadi pembakar semangat. Duit besar pun masuk last-last minute. So have faith and keep working.
- Kerjasama. Bila buat kerja seorang diri, kita tak mampu untuk buat perubahan besar. Manusia perlu saling menyokong. 

Terima kasih sangat-sangat Team Galaxy, terutamnya Banat, the Iron Ladies! 

*Bukan feminism k.
Wallahualam. 



Comments

Popular Posts