Bongkok

Ada masanya aku rasa mahu berhenti
Amanah belakang aku ni
Walau nampak kerdil di mata orang
Tapi bukan mudah untuk aku
Dan tak patut diambil mudah

Nak je ambil batu belakang aku ni
Campakkan ke tanah
Biar badanku ringan 
Dan aku bebas berlari
Ke mana sahaja dipinta hati

Tapi tak mungkin 
Aku masih sedar 
Allah yang pilih aku untuk amanah ini
Allah yang gerakkan hati dan jari yang menari

Kalau aku buat tak endah
Itu salah aku
Dan aku akan disoal
Aku taknak derita nanti
Biar peritnya sekarang

Aku tak faham kenapa aku
Tapi siapa aku untuk memahami segalanya?

Yang aku tahu sekarang
Pandang lah ke depan
Teruskan berjalan
Tak lama dah, hanya 4 bulan

Kau akan letak batu ini di bawah
Diganti pula dengan batu lain
Hidup takkan lepas dari "beban"ini
Sebab itu memang tujuanmu di bumi

Hidup untuk Ilahi, makmurkan bumi. 

Kau bukan pengalah 
Kau penyelesai masalah
Takkan hanya nak berteleku pasrah

Harapan aku cuma ini
Moga usaha-usaha kecil ini diterima Allah
Dan moga ummah kecil ini kekal perkasa gagah. 

Comments

Popular Posts