Hiburan. "Jom kita enjoy!"

Bismillah. 

Saya pernah rasa duduk dalam DQ seperti satu "kurungan". Kurungan yang baik lah.

Akan ada masa-masa;

"Ah! Nak outing, nak keluar, nak balik."
Just get out of DQ, for a while.  Note: "a while". Hei bukan selamanya. 



Ayah kata: 
Allah takkan jemu dengan hambaNya. 
Tapi bimbang kita yg jemu untuk beribadah kepadaNya.

So manusia memang perlukan SEDIKIT hiburan. Memang fitrah. 

Tapi apa definisi hiburan dlm Islam? 
Bentuk hiburan apa yg kita pilih? 

Sesungguhnya hiburan seorang Mukmin yg sebenar adalah dalam ZIKRULLAH, mengingati Allah. 

Adakah kita telah benar-benar beriman? 
Pernahkah kita rasa terhibur dengan beribadah kepada Allah?
Berapa kali sangat je?

Jujur dengan diri. 

ZIKRULLAH 

Mengingati Allah itu luas skopnya. 
Yang utama mestilah menerusi ibadat2 khusus: solat, baca alQuran, tasbih, tahmid.

Ada juga, yg menerusi baca buku, majalah Islam, kisah2 benar, blogwalking, dengar nasyid.
Perkara-perkara yg boleh membuatkan kita berfikir, dan ingat. 

Fikir tentang hidup.
Perhati, fikir dan ingat. 
Semua perkara yg berlaku dalam hidup, ada sebabnya, ada hikmahnya. 

Allah dah tentukan. Allah Maha Bijaksana. 

Kalau awak berfikir, guna akal awak untuk melihat hakikat kehidupan, 
Anda akan terhibur melihat indahnya, dan bijaksananya aturan Allah. 

Tak percaya?
Cubalah sendiri !






Comments

Popular Posts