REFLEKSI: SEM 1 TAHUN 1 PSIKOLOGI DI UIA


Bismillah.

Dalam post ni, aku cuma nak 'recap' balik apa yang dah aku belajar masa sem 1 di UIA dan apa pengajaran-pengajaran paling signifikan yang aku dapat daripada setiap subjek (kalau ada).


Tak lengkap la post pasal UIA kalau takde gambar masjid UIA. Not the best shot, but idc.

1. Intro to Psychology (HS)

Ini subjek pertama yang aku wajib ambil selaku pelajar jurusan Psikologi. Kalau tak lepas subjek ni, tak boleh ambil subjek-subjek teras (core) Psikologi lain.

Assessment nya semua MCQ (multiple-choice questions). Quiz, Mid-Term & Final. Kenapa MCQ je? Untuk pastikan pelajar dapat overview subtopik-subtopik dalam Psikologi. So agak relax sebab tak payah kalut buat assignment. Cuma pastikan fokus dalam kelas & ulang kaji. Paling bagus, sebelum & selepas kelas, baca sendiri. Jadi dalam kelas, takde ah lost bila pensyarah terang dengan agak laju.

Tips yang aku dapat dari budak senior; hafal & faham segala terms yang ada untuk score. Jadi, aku ikut tips dia; buat 'flash cards' atau ' hand notes' untuk segala terms. Senang je; sekeping A4, bahagi 4. 1 term & penerangannya atas muka depan. As you do yr revision, kau top up & jot down je info penting kat permukaan belakang yang kosong tadi.

Jadi, bila ada masa kosong tapi tak berapa bertenaga, boleh relax-relax baca atas katil. Flip-flip je sambil hafal (guna la ring kalau dah banyak). Ringan pun ringan nak dibawa ke mana saja. Alhamdulillah berkesan la untuk aku.

Paling penting juga; khatamkan juga bab-bab yang sepatutnya dalam buku teks minimum sekali. Tak cukup kalau rujuk slides je untuk pemahaman.

2. Introduction to History & Civilisation (HS)

Kelas sejarah aku, ceghita dia ghezeki dapat pukul 5 petang. Cuba bayangkan. Tapi boleh je survive. Pastikan bawa air yang boleh tahan mengantuk; Kopi atau Air Asam Jawa & gula-gula berangin sebagai bekalan.

Perkara baru yang aku belajar adalah tentang nama sejarawan-sejarawan Barat & Islam dan cara mereka menulis sejarah. Rupanya penulisan sejarah pun ada evolusinya tersendiri & wujudnya pengaruh ideologi yang dipegang oleh penulis dalam hasil penulisan sejarahnya. Masa belajar dalam kelas, mengantuk ya Allah. Tapi bila dah habis kelas, rupanya itulah perkara paling signifikan yang aku dapat dari kelas Intro to History. Baru lah aku kenal nama-nama seperti Toynbee & aku mula 'take note' nama-nama sejarawan Islam seperti Ibn Khaldun dll.

Kebanyakan topik-topik silibusnya adalah tentang tamadun-tamadun yang kita dah belajar zaman sekolah; Mesopotamia, Indus, Egypt, China, Islam etc. Cuma beza dia, lebih 'detailed' skit & belajar dalam bahasa Inggeris.

Satu lagi, aku juga kagum dengan pensyarah aku yang memang berjiwa sejarah & aku terharu (not sure if it's the right word) bila sir tunjukkan gambar beliau ber'urusan' dengan manuskrip-manuskrip sejarah. Sir punya excitement tu mengharukan! Aku suka bila tengok seseorang betul-betul hidup dengan 'passion' hidupnya.

Suasana semasa Taaruf Week. * saje selit gambar, sebab panjang sangat post ni.




3. Islamic Aqidah (IRK)
Ini subjek level 3. Sebenarnya aku pelik kenapa subjek ni level 3, sedangkan bukankah ilmu aqidah yang kita kena belajar dulu?

Bila dah belajar, hm mungkin sesuai juga la level 3 sebab banyak konsep abstrak yang mungkin payah untuk orang yang tiada pelajaran asas agama untuk hadam. Pensyarah aku ketika itu memilih untuk mengajar dari asas aqidah; Rukun Iman, Rukun Islam dan seterusnya. Katanya, kerana ada pelajar luar negara yang tiada pendedahan tentang ilmu rukun Islam & Iman tersebut.

Jadi, kadang kala aku agak kecewa kerana aku mengharapkan subjek Aqidah yang tarafnya level 3 akan dapat bantu mantapkan lagi ilmu & keyakinan aqidah aku. Contoh: mungkin macam mana nak menghadapi soalan-soalan daripada golongan ateis, kupasan lagi mendalam tentang 99 asmaul husna dsb.

Tapi masih ada perkara baru la yang aku dapat belajar. Antaranya, kami perlu menyiapkan satu assignment bertulis tentang sifat Allah al-Muhyi & al-Mumit dengan bahaya seekor nyamuk. Nyamuk; itu item yang kami pilih. Sebab apa? Nak tunjukkan hatta nyamuk yang nampak remeh & merupakan haiwan perosak pun, ada kesan yang besar kepada dunia. Lagipun, aku sendiri tertanya-tanya; kenapa Allah sebut "nyamuk" atau بعوضة dalam surah al-Baqarah tu? Dan hanya sekali je perkataan tu disebut dalam al-Quran.

Antara fakta menarik tentang nyamuk:
1. Rupa-rupanya antara fungsi utama nyamuk adalah untuk 'pollinate flowers'! Tak tau dalam BM apa, maaf.
2. Nyamuk guna 6 jarum untuk hisap darah dari blood capillary kita.
3. Sangat kompleks struktur badan seekor nyamuk rupanya! Dah la banyak jenis spesis dan genera! Pening aku😂 Antara genera yang utama; Aedes, Culex & Anopheles. Perbezaan antara mereka hm banyak; Warna sisik/ 'scale' di sayap , cara bertelur dll.
4. Ada satu jenis telur nyamuk yang disusun cantik macam rakit/ 'raft'. Hangpa google sendiri. Amazing.

4. Islamic Ethics

Aha ini subjek IRK level 3 juga. Gatal ambil sebab ingatkan belajar tentang adab. Rupanya adab dan etika lain sikit (?) Okay aku dah lupa.

Tapi antara konsep utama yang aku masih ingat sebab membantu untuk hidup & untuk serap dalam subjek lain;
Responsibility & accountability of man dan God's Justice.

Kami belajar tentang apa itu sistem etika/ethical system & Western ethical systems ie Utilitarianism & Kantianism. Sangat menarik sebab boleh dikaitkan dengan movie yang aku baru je tengok lepas habis exam iaitu The Maze Runner (kalau tak silap). Memang ada elemen Utilitarianism & Kantianism yang disuntik halus. Team Utilitarianism vs Team Kantianism. Tapi aku dah lupa sekarang macam mana aku relate hari tu🙃Tweeted abt it long ago, last sem.

Selain itu, aku juga suka belajar tentang Islamic Ethical System yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali. Antara konsep yang dipelajari termasuklah Constitution of Man, Concept Of Happiness & Methods to Change Character.

Masa ni lah aku belajar dengan jelas bahawa dalam manusia ada empat jenis nafsu (tak ingat pendapat sapa, al-Ghazali la kot); nafsu rabbaniyah, nafsu lawwamah, nafsu ammarah & nafsu ghadabiyyah dengan ciri-ciri setiap nafsu tu.

Imam al-Ghazali juga ada gariskan cara untuk ubah karakter/ perangai buruk. Kita kena lalui perasaan kepahitan & kesakitan masa mula-mula nak berubah. Nanti alah bisa tegal biasa.

Dugaan subjek ni; kalau rujuk pada slides semata untuk study, memang tak cukup & tak faham 😭. Kena baca juga reading materials yang tertera di course outline untuk lebih faham. Kena fokus gila dalam kelas & tanya kalau tak faham. Banyak juga ketika yang aku tak faham apa yang madam cuba nak sampaikan. By the way, ada participation marks jadi kena la ringan mulut & berani respon dalam kelas huhu.

Dugaan kedua; Assignment banyak kali kena re-do. Tapi kesakitan sepanjang sem berbaloi sebab dapat CAM second highest & madam pun puas hati dengan presentation kumpulan kami. Takku sangka. Tapi jangan mudah takabbur. CAM tinggi tak menjamin gred A. Finals aku main goreng je sebab tak nampak soalan nak apa. So yup dapat CAM 50+ per 60 pun, tak dijamin A mahupun A- ye anak-anak.

5. Revelation as Source of Knowledge
(RASOK) (IRK)


Mula-mula aku tak faham "subjek ni pasal apa sebenarnya?" Rupanya revelation = wahyu. Jadi, kami belajar tentang perkara-perkara asas tentang wahyu; iaitu al- Quran dan sunnah. Sejujurnya bagi aku subjek ni agak mudah jika dibandingkan dengan dua lagi subjek IRK yang aku ambil semasa sem 1, memang subjek level 1 pun.


PENUTUP:
Rupanya kombinasi subjek yang aku ambil masa sem 1 ni menjadi dan berguna juga rupanya. Sebab kebanyakannya membentuk 'basic foundation' yang memudahkan untuk aku aplikasi dalam subjek-subjek sem 2. Will be updated soon sementara semangat akademik masih membara.

Sekian. Oh tahniah kalau berjaya habiskan baca post ni👏🏻👏🏻👏🏻Harapnya dapat lah sesuatu😂

*By the way, Kami budak Psych kena ambil 8 subjek IRK (Islamic Revealed Knowledge) kalau single major Psikologi. Tu yang banyak subjek agama. Nama pun UIA kan.

Comments

  1. slm kak auni, nk tnya.. so sem 1 hanya 5 subjek ya? sekrang sem berapa dh kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, yup masa tu 5 subjek je. Sekarang dah 2nd year 1st sem :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Student matriks boleh masuk UIA menerusi direct intake kalau tak silap.

      Kos untuk course human science (psychology), jauh lebih rendah daripada course pure sciences. Mungkin boleh mohon certain excellence award untuk kurangkan kos yuran semester.

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya nak tanya masa akak masuk uia dulu ada interview tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, semasa zaman saya, takde . Tapi sekarang, bilangan pelajar dah dikurangkan kepada around 25 orang untuk 1 batch. Jadi, persaingan agak tinggi.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts