Aku dah temui Bahagia !
Sering manusia buta
Mencari-cari erti bahagia
Dalam gelap, mereka meraba
Mengharapkan bertemu cahaya
Rumah mewah, kereta BMW sedozen
Jubah liplap bak dres pengantin
Shawl chiffon beralun lembut dek angin
Indah di mata, namun ini bukannya yang diingin
Siang malam ke kelas kuliah
Ilmu baru diasak sampai lelah
Walau otak tepu dengan pelbagai istilah
Namun jiwa tetap resah gelisah
Dua insan berkasih kerana Ilahi
Bahagia berganda dengan lahirnya anak suci
Tapi berapa ramai yang terluka hati
Bila yang dibelai menjadi duri?
Harta, ilmu dan anak bini
Bukan sumber kebahagiaan hakiki
Hanya satu yg dapat tenangkan gelojak hati
Keimanan yang mantap kepada Ilahi.
*Rujukan: Iman dan Kehidupan, tulisan Dr Yusuf al Qardhawi, Bab Kebahagiaan, Terbitan Pustaka Fajar
Comments
Post a Comment