Terkandas


Pagi Sabtu yang cerah
Hari terakhir aku di DQ
Jam 11, yang dirindui tiba
Dengan senyuman semanis gula

Perjalanan hari itu bersimpang siur
Menyusuri bukit-bukau Hulu Selangor
Sambil menghayati Anna and the King
Kisah si guru dan sang maharaja

Tanpa disedari signal enjin menyala
Berkelip-kelip dan tiba-tiba
Kereta terhenti umpama ditarik nyawa
Syukur, tol jadi tempat saksi segala.

Rijal-rijal baik hati turun membantu ayahanda
Menolak kereta Jepun ni perlahan-lahan ke depan
Ah seperti "damsels in distress" lagaknya
Langkah diatur hati-hati mengikuti golekan tayar kereta yang sudah mati

Di bawah teduhan pohon,
Ku fikir sudah tenang
Namun silap
Bau hancing mencucuk hidung.

Tak ku sangka 
Rakyat Malaysia masih buang air merata! 
Terdesak barangkali.

Diringkaskan cerita
Kereta diangkut ke bengkel
Perjalanan kami tergendala
Ketentuan Allah belaka

Ternampak bangunan hijau 
Disangka masjid
Selepas terjenguk-jenguk
Rupanya madrasah lelaki sahaja! 

Terpinga-pinga di luar
Tiba-tiba muncul suatu figur
Wajahnya bercahaya, bersih
Namanya ****.

Macam mana tahu?
dia pakai tshirt I AM **** 

Bonda toleh belakang
Senyum-senyum kambing
"Kenapa?"
Dan terdengar usikan dari atas bangunan.

Macam filem pulak dah
Damsel in distress tersesat ke madrasah tahfiz 
lelaki sahaja pulak tu! 

Mujurlah junior
"Yang keluar tadi,
Agak2 umur berapa?"
"Alah, sekolah menengah tu. form 4, form 5"
"Oh"

Tak jadi lah. 

-gurau2- 

---------------

Mungkin ada yg kurang gemar, cerita biasa diolah lebih-lebih. 
Tapi biarlah, 
Ni cara aku berlatih menulis. 

Dan modal terbaik apa yg aku ada?
Tentulah, pengalaman sendiri.

Tapi awas, penulisan dlm blog ini 
Ada juga unsur mitos dan tokok tambah.
Tak perlu rasanya terlalu jujur ceritakan segala
Nanti terbongkar semua rahsia. 

Sekian. 








Comments

Popular Posts