KIN # 4 : Cognitive Dissonance, Huffaz & Ilmu tanpa Amal
Dalam Social Psychology, kami belajar cara manusia berinteraksi dalam pelbagai konteks sosial dan possible sebab mengapa interaksinya sebegitu. Topik Liking dan Attraction pun ada, wowerz. Tapi love is still too complex to be defined in academic terms (buku teks tu yang cakap k).
Anyway, antara perkara paling utama yang aku dapat dariada subjek ini adalah tentang perbezaan Attitude, Behavior dan Cognitive Dissonance.
- Attitude ialah persepsi kita terhadap sesuatu isu, benda atau perbuatan.
- Behavior ialah the actual perbuatan.
- Cognitive dissonance pula berlaku apabila adanya percanggahan antara attitude dengan behavior tadi.
- Attitude: Seorang hafiz tahu bahawa apabila huffaz al-Quran melupakan al-Quran itu berdosa.
- Behavior: Tetapi dia tidak bersungguh-sungguh, malah lalai untuk menjaga hafazan.
- Dalam konteks ini, perbuatan sebenarnya (malas mengulang) bercanggah dengan attitude yang dia ada tentang al-Quran. Maka wujudlah cognitive dissonance di situ.
Antaranya, sesetengah orang mungkin akan mengubah weightage kepentingan/keseriusan isu tu. Contohnya:
“Takpelah at least aku baca ma’thurat dan surah amalan harian hari ni,” kata si hafiz tadi.
*Tapi deep inside, dia sedar bahawa kuota murajaah hariannya tidak mencukupi dan banyak lagi masa yang dia sebenarnya boleh selitkan untuk al-Quran.
Kalau dalam situasi ini, solusinya i.e. kurangkan kadar keseriusan isu ialah solusi yang bersifat jangka masa pendek (short term).
Walhal jalan terbaiknya adalah untuk mengubah perlakuannya (behavior) yang kurang elok itu (ie: tidak bersungguh muraja’ah). Bila aku faham konsep attitude, behaviour dan cognitive dissonance ini, aku jadi banyak muhasabah.
Attitude ini pula terbahagi kepada explicit dan implicit. Secara layman termsnya, kalau explicit attitude ini, kita boleh declare dengan jelas pegangan kita terhadap sesuatu perkara. Implicit attitude itu pula, kita sendiri tak perasan pun tentang pendirian kita terhadap perkara itu. Perkara ini membuatkan aku terfikir tentang ilmu tanpa amal. Seperti ada kaitan dengan konsep cognitive dissonance.
Tapi ada je kan orang chill tenang sahaja bila tak amalkan ilmu yang dia ada. Antara faktornya, (berdasarkan pengalaman sendiri) mungkin Allah yang hilangkan dan lupakan ilmu itu bila kita tidak amal. Secara amnya, memori dalam otak kita yang tidak diulang-ulang, tidak digunakan selalu dan dianggap tidak signifikan akan mereput (decay). So logiklah kan.
Harapnya korang fahamlah apa yang aku bebel ni. Semoga kita sama-sama muhasabah:
“Apa lagi yang aku cakap tapi tak serupa bikin?”
Auni B
16 Jan 2018
10.36 pm
Ganu Kita.
Get it! Simple and Sampai
ReplyDeleteAlhamdulillah Jannah :D
Delete