1.7
Sering kali aku fikir aku sendiri
Melalui jalan ini
Tapi aku rasa silap sekali
Saat aku memandang
Kepada apa yang tak aku miliki
Aku terlepas pandang
Pada apa yang berada di ribaku
Saat aku melihat
"Alangkah seronoknya mereka bergembira"
Aku terlupa bahwa
Aku juga punya teman-teman setia
Selama dua semester ini
Alhamdulillah aku masih lagi mampu berdiri
Kerana teman-teman sebilikku dari dulu lagi
Tak pernah gagal mengingatkan diri
Melalui teladan ibadah mereka
Teladan akhlak mereka sesama manusia
Walau luarannya bukanlah seperti ustazah
Namun di hati mereka
Aku seperti melihat pancaran cahaya keikhlasan
Setiap kali aku mengeluh, mengadu
Pasti dia sentiasa ada masa untuk mendengar
Setiap kali aku punya persoalan yang banyak
Pasti dia ada masa untuk cuba bantu aku merungkaikannya
Biar ada yang lebih muda, sebaya & lebih tua
Namun nampaknya rasa kasih itu yang mengikat hati kita
Jurang umur bukan persoalan
Bila cita kita ialah menuju Tuhan
Sungguh,
Kalian antara hadiah terbesar yang dikurniakan Tuhan di sini.
*mohon cik Tira Ram belanja aiskrim kalau kau baca ni. Lolz
Comments
Post a Comment