PERGAULAN
*Sori jenis pemalas nak edit gambar. |
Muka seperti tembok
Dan setelah ditegur
Aku melentur
Suatu ketika
Kelilingku umpama malaikat
Lemah lembut pergerakannya
Halus budi bicaranya
Kelilingku umpama malaikat
Lemah lembut pergerakannya
Halus budi bicaranya
Aku seperti bingung
Harus berlaku bagaimana?
Kerana aku tidaklah selembut mereka
Dan kadang ‘bahasa’ kita tak serupa.
Harus berlaku bagaimana?
Kerana aku tidaklah selembut mereka
Dan kadang ‘bahasa’ kita tak serupa.
Kini berbeza
Manusia berlaku bebas
Kadang-kadang terlangkah batas
Dan aku perlu bertegas.
Manusia berlaku bebas
Kadang-kadang terlangkah batas
Dan aku perlu bertegas.
Hakikat sebenarnya
Sudah banyak aku lenturkan
Kerana jika terlalu keras
Payah untuk bersama mereka.
Pernah beberapa kali aku terbaca
“Bergaul lebih baik daripada beruzlah”
Namun bila terlalu bergaul
Fikiranku sesak, jiwaku lelah.
“Bergaul lebih baik daripada beruzlah”
Namun bila terlalu bergaul
Fikiranku sesak, jiwaku lelah.
Sabarlah duhai jiwa
Teruskan bersama mereka
Sebarkan kebaikan
Tunjukkan teladan
Teruskan bersama mereka
Sebarkan kebaikan
Tunjukkan teladan
Walau tak sempurna
Kita harus cuba
Daulatkan cahaya Tuhan
Runtuhkan gelapnya kelalaian.
Kita harus cuba
Daulatkan cahaya Tuhan
Runtuhkan gelapnya kelalaian.
Dari jiwa yang perlu bangkit dari lelah.
8.36 pm
7 Mei 2017
UIAM Gombak
8.36 pm
7 Mei 2017
UIAM Gombak
Comments
Post a Comment