SENTRAL

Aku singgah di KL Sentral, 
Tempat pertukaran tren biasa aku.

Tak sangka ia boleh jadi Pertemuan Central
Di tengah-tengah kepadatan manusia
Aku ternampak wajah yang dikenali

Mendapat tarbiah yang lebih kurang serupa dengan aku
Malah orang tuanya layak digelar ustaz ustazah
Cuma 
Apa yang aku nampak
Ah terkejut besar!

Aku toleh kembali 
Dan lagi
Pastikan betulkah dia?
Atau pelanduk dua serupa?

Aku yakin itu dia
Tapi kenapa?
Kejutan budaya?

Selesa sahaja biarkan si gadis merangkul lengannya
Gadis itu pula umpama berjalan di tempat sunyi tiada orang
Apakah tiada perasaan malu berbuat begitu?

Apa yang aku dapat hari ini
Malu seorang gadis sudah makin terhakis
Tudung hanya adat mungkin 
Adakah kerana mata hatinya yang buta?
Leka dengan keghairahan dunia?

Tak adil hanya menyalahkan mereka
Tugas kita bagaimana
Sudah diselesaikan sebaiknya? 
Atau paling kurang usaha sehabis upaya?

Ayuh jadi penyelamat ummah!
Ayuh lebih bersungguh!
Kerana umat perlukanmu permata

Comments

Popular Posts