IBRAH WANITA 1: Maryam Hamba ar-Rahman



Maryam, satu-satunya nama wanita yang disebut secara jelas di dalam al-Quran. Beliau perempuan suci, ahli ibadah yang berkhidmat untuk Baitul Maqdis. Puteri dari keluarga ali Imran yang soleh dan bakal ibu kepada seorang Nabi.
-------------------------------------------------
Beliau sedang beribadah di ruang mihrabnya. Ketika beliau bangkit daripada sujud, alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang lelaki asing di ruang ibadahnya. Lelaki itu bukan lelaki biasa, rambutnya begitu hitam, bajunya putih bersih; rupa-rupanya malaikat Jibril yang menjelma dalam bentuk manusia.

 “And she took, in seclusion from them, a screen. Then We sent to her Our Angel, and he represented himself to her as a well-proportioned man.” (19:17)

Dengan spontan, Maryam terus mengucapkan “Aku berlindung daripada Tuhan yang Maha Pengasih” 

She said, "Indeed, I seek refuge in the Most Merciful from you, [so leave me], if you should be fearing of Allah ." (19:18).

Apa yang menakjubkan daripada cebisan kisah Maryam ini?
credits: albroh.wordpress.com

Kata-kata yang terpacul dari bibir Maryam bukanlah “Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam”, seperti orang biasa apabila minta dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak disukai atau musibah. Namun, beliau dengan spontan mengucapkan “A’uudzubirrahmaan” yang bermaksud Aku berlindung dengan Tuhan yang Maha Pengasih. 

Note: PENGASIH. Betapa tingginya cinta Maryam kepada Allah, sehinggakan pada saat mencemaskan seperti itu (iaitu kemunculan lelaki asing di ruang ibadahnya), perkataan AR-RAHMAN jua yang terkeluar dari mulut Maryam. Ya, AR-RAHMAN. Maryam begitu yakin bahawa tiada apa yang berlaku ke atasnya melainkan kerana KASIH SAYANG ALLAH kepadanya. Begitu tinggi keyakinan Maryam kepada Allah.
 
Ok, refleksi pula.
1.       Bayangkan kau pula yang terkejut, mungkin disergah oleh seseorang; perkataan apa yang keluar dari mulut?
2.       Tiba-tiba kau sakit, atau mungkin dapat keputusan peperiksaan semester lepas yang jauh dari sasaran yang dimahukan; Apa detik pertama hati kau? Keluhan atau syukur?
3.       Usaha kita untuk mencintai Allah; Dah tahap mana? Takmau hurai panjang sebab aku kureng bab tasauf. Cuma yang pasti, kena usaha kenal dulu sifat Allah dan perhatikan nikmat-nikmatNya. And you can insyaAllah definitely, see HIS LOVE.

*sampai ke tak mesejnya ? huhu. Ni je la yang mampu*

Nota: Ditulis berdasarkan nota dan kefahaman saya daripada Seminar Ibrah Kisah-kisah Wanita dalam al-Quran oleh Us Syaari Abd Rahman pada Disember 2015. Jika ada maklumat kurang tepat, sila khabarkan terima kasih. 

Translation by Sahih International. Tengah cari al-quran online yang senang nak copy paste tapi belum jumpa. Sape tau, tolong kabo deh.

Comments

Popular Posts