NEWA 2: CingCing

Explorace banat dalam kawasan DQ je. Untuk tambah "umph" dalam game, makanya kami mengutip idea dari hasil perbincangan awal-awal dulu bersama banin, iaitu:

Checkpoint bersama cacing. 



Maka disebabkan kesuntukan masa dan pihak satu lagi pun sibuk dengan NEWA mereka, 
kami terpaksa mencemar duli mengkorek tanah sekitar tasik DQ. 

Berbekalkan pisau dapur, garpu, ranting dan gayung. 

Jelajah mencari spot cacing. Tak pernah pernah..

Mula- mula, kami hanya menemui cacing saiz kecil dan halus. Saya masih boleh tolerate pegang kalau saiznya kecil sebegitu. 

Bila kami mula mencari di kawasan kayak konvo yang bertanah kemerahan dan agak lembap, cacing gemuk dan sihat mula menampakkan diri.

Tengah mengorek,
Cacing-cacing tu berusaha untuk menyelinap masuk ke dalam tanah kembali, jadi kami terpaksa menarik-narik badannya yang lembik dan berlendir itu keluar dari tanah. 

Sehinggakan ada yang terkorban, dan terpotong badannya dek terkena pisau aka pengorek tanah sebab ketidaksanggupan untuk pegang cacing-cacing gemuk tu dengan tangan tanpa lapik. Maaf cacing. 

Dua jam mengorek, akhirnya kami dapat 67 ekor cacing setelah dikira.

67 ekor= sama dengan segumpal cacing je 

Ok la tu untuk beginner kan? 

Berdasarkan pemerhatian kami, dapat disimpulkan, kawasan tanah lain, saiz cacing  lain.

Kesan positif lepas operasi tersebut:
Fobia terhadap cacing berjaya dikurangkan. Yeah.

Ha, task checkpoint sebenarnya:

Cari duit syiling 10 sen dalam gayung berisi 67 ekor cacing tanah pelbagai saiz dalam 2 minit.

Yang selamba dan dah biasa, cool je. Yang geli, menjerit-jerit la kegelian. 

------------

Comments

Popular Posts