KAREN

April 2014
Jumaat. 4.00 petang. 

Perasaan mengantuk menguasai, Aisy mengambil keputusan untuk berehat daripada mengaji. Al-Quran kecil berwarna kuning itu didakapnya kemas, dan mula berjalan dengan malas ke bilik Syaz. Selipar sengaja diseret-seretkan.

Aras itu hampir kosong, sunyi, bergema-gema. Hanya beberapa budak sebatchnya yang masih menghuni aras itu. Pelajar-pelajar ijazah lain sedang seronok di kampung halaman masing-masing. 

Dengki. 
Sikit je.

Tok, tok!

"Assalamualaikum! Aku ngantuk lah," laung Aisy. Pintu bilik itu dikuak. 

Aisy menjangkakan temannya sedang tertidur dengan al-Quran di tangan. Itu fenomena biasa apabila mengaji di atas katil yang empuk. Tak sampai seminit, pasti dah terbang ke alam mimpi.

Namun pada hari itu, tidak.
Syaz seperti lipas kudung. Barang-barang berterabur di atas katil dan lantai. Kotak-kotak yang telah diisi barang kepunyaannya diletakkan di atas katil. 

Di sisinya, seorang lagi teman Aisy sedang memerhatinya. Mereka sudah lengkap memakai jubah dan tudung labuh. Almaklum, itulah pakaian harian di Kolej Iqra.

Aisy  terdiam, cuba menafsirkan apa yang berlaku. 
---
Sudah berminggu-minggu Syaz dalam dilema, keluar atau bertahan. 
Dua-dua keputusan ada kelebihan kekurangannya. 

Teman sebilik aku, Kak Fafa sering menjadi  kaunselor tak bertauliah.

"Keluar atau stay?"

Dan bermula lah segala pembentangan hujah untuk kedua-dua pilihan tersebut. 

Sama ada stay di Kolej Iqra' dan menamatkan hafazan 30 juzuk al Quran.

Atau pun menerima tawaran ke kolej persediaan A-Level yang diumpamakan seperti bulan jatuh ke riba. 

Biasanya "sesi diskusi" itu berpusing-pusing pada persoalan yang sama, tanpa penyelesaian. Indecisive.

Aisy cuma pasang telinga sahaja, dia tiada jawapan untuk persoalan itu.
-------
"Syaz, kau nak pergi pukul berapa?"

"Sekarang."

Muka Syaz tegang. 

Aisy hanya memerhati gelagat temannya yang kelam-kabut dengan pandangan yang kosong. 
Lalu dia berlalu pergi ke bilik sendiri, tidak sanggup melihat pemergian teman sendiri. 

-----

Jun 2014.

Permulaan semester 2 yang sugul untuk Aisy. 
Ke mana pun Aisy pergi, Aisy pasti nampak bayangannya. Lebih tepat bayangan mereka yang sudah pergi.

Setiap kali ke  masjid, terbayang rakan-rakan sehalaqah bersepuluh yang tersengguk-sengguk menahan mengantuk ketika kelas tasmik. 
Sekarang tidak lagi, cuma tinggal bertujuh. 

Kalau dulu, Syaz lah yang akan mengajak Aisy mengisi perut di kafe pentadbiran. Katanya "lauk-pauknya mengancam!" Kini, dia membawa haluan ke kafe lain. 

Apabila menyusuri koridor, Aisy ternampak sepasang selipar merah jambu tersusun elok di koridor. Hanya ilusi, seolah-olah tuannya masih di sini, padahal sudah jauh melangkah pergi.

Suatu hari, Aisy ternampak Al-Quran berkulit merah di masjid. Sekelip mata, air matanya mula bergenang.

"Aku rindu."

Limpah.

Sesak bila semuanya bergema dengan bayangan memori. 
Sakit bila belum terima hakikat yang mereka sudah pergi. 
----
Kebelakangan ini, empangan air matanya yang sebelumnya kering memanjang , bukan setakat penuh, malah melimpah-limpah. Tanpa mengira masa dan tempat.

Hatta untuk fokus kepada hafaz al-Quran pun, Aisy perlu mujahadah yang kuat. Gangguan emosi terlalu mengasak dada, mencengkam jiwa.

Boleh dikatakan ketika itu, fasa "Mayat Hidup" bagi Aisy. Jasad masih sihat berdiri, tapi jiwanya kosong tak berseri.

----

Setelah beberapa minggu bertarung emosi, mencari kekuatan dari Ilahi, 
Aisy dah boleh bertenang. 

"Tu lah, bila depan mata, tak hargai. Bila dah pergi, baru terhegeh-hegeh nak touching. Apa la lu!"

"Takpe, Mungkin jalan kita tak sama, 
Tapi biar kita sama-sama menuju redha-Nya."

Aisy redha. 
Dia terus melangkah mara ke depan
Semangat  malap disemarak kembali
"Mayat hidup" ditiupkan nafas baru.

Hidup diteruskan. Adaptasi. 
Supaya seperti "biasa" kembali.

Masa terus berdetik,
usia pun terus berkurang. 
Aisy kembali fokus.
----

"Aisy, kau dengar dah berita baik?!"

"Apa?"

"Syaz."

Dia nak masuk balik."

"What?

Bazir karen je aku nangis."

---

TAMAT

Comments

Popular Posts