Kecut

Disclaimer: Gambar kureng berkait dengan post
Jam menunjukkan pukul 12.00 pagi.
Aku masih setia dengan buku tahriri. Entah, aku suka menulis. 

Aras DeTiga sunyi sepi. Ramai yang menyertai Kelas Perubatan Islam ketika itu. 

"Tok tok tok!"
Memecah kesunyian aras malam itu. 

"Masuk la~"

Kepala Ricah terjengul di celah bukaan pintu. Jarang gadis tersebut datang ke bilik aku, kami bukannya rapat. 

"Aisy, nak minta tolong boleh?"

"Boleh je. Apa dia?," balasku dengan senyuman.

"Teman saya kat bilik boleh? Roommate saya semua pergi kelas, tak balik-balik lagi," kata Ricah yang berbadan sasa, dengan muka mengharap.

Aku pelik bercampur lucu, tapi aku turutkan sahaja permintaannya. Buku tahriri dan al-Quran ku junjung ke biliknya, hanya selang sebilik dari kamar peraduan aku. 

-----

Ricah melayan aku seperti tetamu rumahnya, hidangkan air kopi buatannya lagi dan koleksi biskutnya. Segan aku. 

-----

Selang beberapa hari kemudian, Ricah menjenguk ke bilik aku lagi, menyatakan permintaan yang sama. 

Dan selepas-selepas itu, setiap kali wajahnya muncul di pintuku, aku dah faham tujuannya.

----

2.00 pagi.

"Assalamualaikum, Aisy! Hehe," laungnya.

"Okk, jap aku ambil barang."

--

Aku mengambil tempat di meja belajar teman sebiliknya. Tahriri lagi, dua muka sebelum tidur. 

"Kau tak rasa panas ke Aisy ? Aku nak buka tingkap la. Kasi angin masuk sikit."

Ricah menguak cermin tingkap seluas-luasnya. Langsir diikat tepi. Nyaman sekali udara malam.

Aku pun menyambung urusan tahriri aku. Ricah sambung mengalunkan ayat-ayat suci. Matanya dilemparkan ke luar, menghadap padang yang luas terbentang. 

"Aisy, aisy", bisiknya sambil mencengkam lenganku. 

"Ada benda gerak-gerak la kat padang tu."
Mukanya sudah mempamerkan riak cemas.

Aku cuba perhati dalam kegelapan malam. Dan aku nampak.

Jantungku mula berdegup kencang. Adrenalin mula mengalir deras.

Lembaga hitam kurus sedang berjalan longlai ke arah blok asrama kami. Kepalanya mendongak ke atas, ke arah 
kami. 

"Weh, tutup la tingkap," kataku, kononnya tenang.

Aku tak dapat melihat raut wajahnya.  Cahaya bulan tidak mencukupi untuk menerangi wajahnya. 

Lembaga itu terus berjalan dengan langkah longlai dan tidak teratur ke arah blok kami. 

"Dia jalan lagi laaa. Cepat baca ayat kursi!"

Apabila lembaga itu perasan kami sedang memerhati, langkahnya terhenti. 

"Kau la baca!" 

Dengan gelabahnya, Ricah segera membaca ayat al-Kursi sambil meleraikan ikatan langsir,
Mengharapkan lembaga itu bakal lenyap dari pandangan. 

".. Man dzallazi ... man dzalladzi ..
Wehh aku tak ingat sambungannyaa!"

"Man dzalladzi YASHFA'U.. (sehingga tamat ayat kursi)"
---
Langsir sudah terkatup rapat. 

"Agak-agak ada dia ada lagi tak? ", tanyaku dengan senyuman nakal.

"Aku tak nak tengok.
Kalau kau nak tengok, tengok la sendiri. Aku tak nak," kata Ricah, menyerah.

"O kay".

Aku selak langsir sedikit. Tiada lagi pergerakan mencurigakan. Lembaga itu sudah lesap dari pandangan. 

"Line clear."
Aku tersenyum. Tekanan darah mula kembali normal. 

Kopi Ricah masih panas. Manis, lemak dan berkrim. Nikmat.

Urusan yang tertunggak diteruskan.
------
Alunan suara Imam Saad al Ghamdi, melantunkan ayat suci al-Quran membuatkan aku tenggelam dalam keasyikan. 

Mendengar bacaan ayat al-Quran sebelum mula menghafaz merupakan strategi terbaru aku untuk hafaz. Bermacam-macam dah cara aku cuba untuk cari cara hafazan terbaik.

Tiba-tiba, bahuku digoncang kuat.

"Ya Allah! Aku tak boleh fokus la."

 Apa yang kita nampak tadi Aisy?Zombi ke?!"

"Tak tau, tapi alhamdulillah benda tu dah lari."

"Aku tak percaya kita nampak hantu tadiii!"

"Haha, aku pun first time ni. Best jugak. 
Rare."

Senyum kambing.
---

Dan beberapa saat kemudian, aku dengar deruman enjin motosikal. 

---

Kau rasa apa? 

Comments

Popular Posts