Tour Bandaraya Kuala Terengganu dengan Fatmanur
Bismillah.
23 Januari hingga 25 Januari 2017
merupakan suatu tanggal yang agak istimewa dan bermakna sebagai permulaan tahun
2017. Teman semahallahku, Fatmanur datang melawat ke Terengganu dan menetap di
rumahku selama tiga hari dua malam. Fatmanur merupakan pelajar pertukaran
daripada Universiti Marmara, Turki selama satu semester di UIAM Gombak.
Sejujurnya, aku memang berminat untuk mengenali pelajar-pelajar antarabangsa.
Mempelajari budaya orang lain dapat membuka mata.
Aku memang tak pandai nak menipu
atau cover line, so aku akan menulis dengan jujur tentang tempat-tempat yang
aku lawati bersama Fatmanur sepanjang tiga hari tu.
1.
Bukit Puteri
Tempat masuknya adalah dengan melalui tangga escalator di kawasan baru Pasar Payang tu. Yang sedihnya, tangga escalator itu tak bergerak, berdebu dan penuh dengan daun kering. Rasa seolah-olah masuk kawasan yang terabai (abandoned). Okey lah mungkin sebab musim hujan, angin kuat. Jadi daun bersepah. Kaunter tiket pula tiada yang menjaga tapi kami letak juga RM1 seorang sebagai caj untuk naik bukit tu. Pendek sangat bukitnya, jangan risau.
2.
Istana Maziah
Aku bertanya kepada pegawai JPJ yang ada di
luar istana sama ada istana itu dah dibuka kepada orang awam atau tidak. Dia
jawab, istana itu hanya akan dibuka semasa ada acara tertentu. Dan kalau ada
pengawal keselamatan yang bertugas, dia boleh tolong bawa round.
3.
Pasar Payang
Bosan nak tulis tentang Pasar Payang sebab
selalu sangat pergi. Tingkat bawah; kebanyakannya bahan makanan, tingkat atas;
batik, cenderamata. Ada lagi barang lain, tapi yang banyaknya, benda-benda tu.
4.
Muzium Terengganu
Bayaran untuk warganegara dan bukan
warganegara berbeza. Aku kena bayar RM5. Fatma RM 10 (sebenarnya RM15, tapi
diskaun pelajar agaknya).
Secara umumnya, ada beberapa galeri;
tekstil, senjata, diraja, Petroleum, Islam, tentang ukiran, anyaman &
tembaga, alam semula jadi, pelayaran.
Antara yang menarik, korang boleh
photoshoot acah-acah model kat sana sebab memang senibina muzium lawa. Okay
bukan ni point aku. Di bahagian luar muzium, ada model rumah-rumah Melayu, tapi
tak boleh masuk pun. Boleh tengok dari luar je.
Selain itu, ada juga model-model perahu, kolek dan kapal.
Aku pusing muzium dengan Fatma selama 2 jam
sahaja. Tapi aku syorkan untuk luangkan masa dalam 3-4 jam kat sana supaya tak
tergesa-gesa. Aku nak cepat masa tu
sebab nak ambil adik balik sekolah.
5.
Pusat Sains dan Kreativiti
Terengganu
Lokasi: Kampung Laut, bukan di pusat
bandar. Baru sahaja dibuka. Yang lawaknya, aku dan Fatma sahaja pengunjung yang
ada pada masa tu. Mungkin jarang orang Turki datang pusat tu, jadinya pakat nok
ambik gambor kenangan belaka katanya. Katanya gambar staf, entah ye ke tidak. Tapi
aku bagi chance lah sebab mungkin memang tu first time diorang jumpa orang
Turki. Aku pula jadi translator.
Ada beberapa galeri;
-
Bencana alam: Tak best
sangat sebab banyak informasi yang tertampal di dinding berbanding benda yang
boleh dilihat, dipegang, diusik. Sedihnya, ada satu glob warna biru ni kemek
sebab ada budak tumbuk. Haih sedih betul.
-
Kreativiti: Kami buat roket
menggunakan barang terpakai. Kemudian, lancarkan roket tu dengan memijak botol
kosong yang berfungsi seperti pam. Layann. Bagi aku, bahagian ni menarik sebab
melibatkan aktivit hands-on. Selain roket, pengunjung juga boleh cipta kereta
kabel sendiri dan menggantungnya di tali kereta kabel yang disediakan. Banyak
bahan yang bersusun di kotak-kotak di situ.
-
Dino Trek 2: Anak buah
galeri Dino Trek yang ada di Petrosains. Ni menarik juga sebab ada beberapa
dinosaur robotik yang boleh bergerak-gerak. Ada juga mesin-mesin untuk main
kuiz dinosaur, race dinosaur, cipta dan uji dinosaur rekaan masing-masing dll.
Tapi galeri ni tak besar mana. Bayaran juga berasingan.
-
Tayangan: Macam di Pusat
Sains lama di hadapan Giant Mall tu. Kalau kat Pusat Sains lama, kita duduk kat
kerusi yang boleh sandar lebih sikit dan kena dongak untuk tengok skrin kat
bumbung kan? (Siapa pernah pergi zaman sekolah, faham la xD, minta maaf). Di
Pusat Sains baru, duduk atas kusyen besar je dan tak semenarik di Pusat Sains
lama huhu sorry.
6.
Taman Tamadun Islam
Bayaran: RM21.20 untuk seorang
dewasa. Ini kali ketiga agaknya aku pergi TTI. Pertama kali, dengan keluarga
sendiri. Kali kedua, bawa sepupu yang dari Pulau Pinang. Ketiga, berdua dengan
Fatma. Boleh Nampak perbezaan replika-replikanya dari kunjungan pertama aku
dengan yang ketiga.
Sedih ah sebab catnya makin luntur,
daun-daun kering bersepah-sepah terselit di monumen-monumen. Sesetengah monumen
ada najis musang. Sesetengah galeri bocor, air meresap kat dinding (jadi cat
kembang). Aku rasa lambat juga aku sampai TTI, dalam pukul 11 pagi. Terselit
sedikit perasaan malu. Huhu. Mungkin masalah cuaca, mungkin masalah
maintenance, entah tak tahu.
Ni nak promote Terengganu ke nak
kurangkan pengunjung hadoi la. Takpe, aku just nak jujur.
7.
Masjid Kristal
Percuma. Lawa bila malam, sebab dorang buka
lampu warna-warni. Ada juga orang buat photoshoot wedding kat sini.
8.
Noor Arfa Craft Centre
Aku syorkan singgah jap untuk tengok
demonstrasi proses pembuatan batik terap, canting dan juga songket. Percuma
sahaja. Ada juga batik DIY kalau nak merasa macam mana nak warna batik.
Biasanya untuk kanak-kanak, harga dalam RM17 untuk besar kain sapu tangan.
9.
Pantai Batu Buruk
Tak sempurna lah trip ke
Terengganu tanpa berkunjung ke pantai!
Dah ada buaian! Hahah seghonok. Tapi tak
banyak, gilir-gilir ah. Kalau boring, beli kat A&W. Petang-petang baru
meriah, ada gerai-gerai makan, kereta kuda ala carriage Cinderella/wedding,
kuda, playground, main laying-layang dll. Jangan lupa beli aiskrim pakcik motor
hahah.
10.
Masjid Terapung/ Tengku
Tengah Zaharah
Time langit cerah, gi ambik gambar lagun
Kuala Ibai kat area belakang masjid. Lawa.
11.
Pantai Teluk Ketapang
Port untuk makan seafood. Tapi Fatma tak
makan seafood selain ikan. Pergi petang kalau nak makan. Pagi, takde apa-apa
lagi.
Banyak lagi pantai; Tok Jembal, Pandak,
Kelulut dsb.
12.
Chinatown Kuala Terengganu
Sejujurnya, tak pernah terfikir yang
Chinatown ni satu daripada tarikan pelancong di bandar KT. Cuma ada deretan
kedai Cina dan Melayu, lukisan-lukisan mural untuk mereka yang suka bergambar
dan juga tempat gantung mangga ala-ala macam kat Korea. Tak tau apa fungsi buat
macam tu.
13.
Pulau Warisan
Biasanya karnival besar akan diadakan di
situ. Tapi kalau takde event, ambil angin je lah, Malam-malam, ada pokok-pokok
lampu berwarna-warni dan gerai makanan minuman. Hah, ambil gambar lagi kat
sini.
Itu sahaja rasanya. Maaf tak mampu nak
kekal formal, konsisten berbahasa Melayu dan sempurna tatabahasa. Perasaan tak
terluah bila formal benor.
Sekian;
Auni B,
Seorang remaja yang masih cuba memahami
erti menjadi dewasa.
1 Februari 2017
8.09 pm,
UIAM Gombak.
UIAM Gombak.
Auni, pusat sains dan kreativiti tu bukan TTC eyh?
ReplyDeleteNope, lain. Pusat Sains dan Kreativiti ni kat Kampung Laut.
ReplyDelete