KIN #1 Bahasa Arab dan Psikologi?
Sewaktu
aku ambil mata pelajaran Islam and Psychology di Tahun 1 pengajian, aku dan
rakan-rakan sekumpulan ditugaskan untuk mementaskan sebuah sketsa tentang tokoh
Islam. Tokoh Islam tersebut perlulah mempunyai sumbangan terhadap perkembangan
bidang psikologi dan kumpulan kami telah memilih al-Kindi.
Sebenarnya
al-Kindi merupakan seorang ‘polymath’ ataupun jika diterjemahkan ialah orang
yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Sumbangan beliau
terhadap perkembangan ilmu tidak terhad kepada bidang psikologi semata-mata.
Kami pula terjumpa banyak bahan yang lebih menjurus kepada bidang falsafah
al-Kindi berbanding psikologi.
Sewaktu
kami ke perpustakaan UIAM Gombak untuk mencari bahan rujukan tentang al-Kindi,
kami sebenarnya mengalami kesukaran untuk mencari bahan rujukan dalam bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu. Pilihan yang ada agak terbatas. Satu tajuk buku
yang sama terdapat dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris. Hampa kami
dibuatnya.
Bila
dimasukkan kata kunci “al-Kindi” ke dalam sistem OPAC Perpustakaan Dar al-
Hikmah UIAM, berderet-deret judul buku tentang al-Kindi dalam BAHASA ARAB yang
terpampang di skrin komputer. Bingung juga begini. Kami bukanlah mahir benar
dalam bahasa Arab untuk menterjemahkan kandungan buku-buku Arab itu. Aku yang
ambil Bahasa Arab Tinggi zaman sekolah menengah dan selalu skor ini pun tidak
yakin untuk menterjemahkan isi kandungannya.
Aku
sekadar membelek-belek kitab Arab tebal berkulit keras dan kekuningan
halamannya untuk cuba-cuba melihat sekiranya ada poin tentang psikologi di
dalam senarai sub-topiknya. Faham lah juga beberapa ayat bila di
‘cross-reference’ dengan poin dalam buku yang dalam bahasa Inggeris &
Melayu. Tetapi tak banyak yang dapat dikorek dari kitab Arab itu, lagi-lagi
bila tidak berbaris. Majoriti kitab Arab memang tidak berbaris kan?
Sejak
peristiwa itu, aku mulai berfikir tentang kepentingan bahasa Arab dalam
perkembangan ilmu hari ini, walaupun bukan dalam bidang agama yang khusus
seperti Quran Sunnah, Fiqh dan lain-lain. Lihatlah sendiri, kami terhalang
daripada menggali lebih banyak input tentang psikologi daripada kitab-kitab
Arab itu hanya kerana kekangan bahasa. Sayang kan?
Jadi,
usah pandang enteng kelas-kelas Arab yang diwajibkan di UIAM itu. Sebenarnya,
matlamatnya adalah untuk mencapai tujuan yang lebih besar; ‘reach’ pelbagai
ilmu melalui penguasaan bahasa. Tapi aku tidak pasti pula dengan kemampuan
pelajar untuk mencapai hasrat itu. Itu juga suatu peringatan buat aku supaya
asah kembali bahasa Arab aku yang dah lama berkarat itu. Bahasa ialah alat
penting untuk penguasaan ilmu.
Comments
Post a Comment