Relationships – Apa tu ?



Tahun ini, minda aku mulai terbuka sedikit untuk fikir tentang hubungan yang serius antara lelaki dan perempuan. Aku tak pernah couple dan aku tak minat. Malah, aku susah nak minat orang dengan serius.  Crush sikit-sikit pernah la.  Aku tak bersedia sebenarnya untuk fikir tapi keadaan agak menuntut untuk aku cari maklumat, buat kajian, berfikir dan analisa. Wow saintifiknya. Okk. 

Apa yang aku kena hadap bila kena fikir tentang perkara ini?
Blur teruk, keliru, serabut. Jujurnya, rasa nak rebel. Itulah yang berlaku jika belum bersedia. 

Cuma aku ringkaskan kepada insan-insan yang blur seperti aku dalam perkara sebegini. Setidaknya nampaklah yang membina hubungan serius untuk ke arah perkahwinan ini tidak mudah. Aku pun masih belum berjaya tapi aku okay. 

1.       Dapatkan gambaran tentang konsep perkahwinan dalam Islam dan batas-batas dalam berhubung sebelum perkahwinan

-          Aku saja pergi kursus kahwin, baca buku-buku tentang perkahwinan yang santai secara senyap (sekarang dah tak senyap lah since ibu dan ayah baca blog ni kan, haii), buku fiqh perkahwinan (tapi belum habis), pergi talk kahwin muda lah (ew kenapa aku pergi). Buku tarbiyatul aulad aku tak baca lagi.

-          Yang ini core. Lepas dah faham ini, baru boleh aplikasi dan ‘explore’ pelbagai cara yang tak melanggar batas syariat ke arah membina hubungan serius.

-          Ambil masa juga untuk betul-betul hayati dan pegang prinsip-prinsip. Sebab nafsu akan selalu suruh buat benda yang bertentangan dengan benda yang sepatutnya dibuat.

2.       Kenali diri sendiri dulu
 

-     -  Di kala aku beriya-iya merangka soalan-soalan wajar untuk ditanyakan kepada calon, aku pula yang termangu. Kalau dia tanya soalan yang sama kembali, apakah jawapan aku? Dari situlah, aku sedar bahawa aku sendiri belum cukup kenal siapa aku; dulu, sekarang dan akan datang.

Maksud aku, mengenali siapa diri aku di masa depan adalah dengan mengetahui apa perancangan kasar aku dan pegangan aku untuk isu-isu yang timbul di masa depan. Sebagai contoh, apakah perkara yang aku rela korbankan dan apakah perkara yang aku hendak pertahankan? Bahasa mudah, what you are willing to negotiate and what you choose not to.

3.       Kenali dia

-          Mustahil untuk kenal dia seratus peratus, lagi-lagi kalau jenis perahsia dan aku tak faham kenapa. Dah la aku seorang yang amat terbuka dan direct.

-          Sebenarnya aku mulakan dengan bertanya soal diri; minat, matlamat hidup, perancangan masa depan, budaya keluarga dll. Kemudian, cuba selidik karakter dia daripada orang lain.

-          Kemudian, baru masuk soal isu untuk tahu pandangan calon tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan rumah tangga.
Contoh: Kerja terus atau sambung belajar postgraduate? Makan gaji atau bekerja sendiri? Isteri suri sumah atau bekerjaya? Lokasi rumah? Pandangan tentang poligami? Pandangan tentang family planning? Pandangan tentang hubungan jarak jauh?

-          Banyak lagi sebenarnya termasuk hal anak (walapun macam awkward tapi perlu).

4.       Sesuai atau tidak ?

-          Secara praktikalnya: Bila dah ada feedback daripada kedua-dua belah pihak, cuba tengok; Boleh sesuaikan ke tak? Rujuk balik perkara yang kau sanggup nak korbankan dan perkara yang kau sanggup nak tolerate. Masih ada lagi ruang untuk berbincang.

-          Secara spiritual: Buatlah solat istikharahhhhh. Aku dah ditazkirah banyak kali untuk buat benda ni. Cara Allah nak bagi petunjuk, mungkin berbeza untuk setiap individu. Kalau mak aku, dapat mimpi muka Ayah. SETEL. Haahahah.

5.       Minta nasihat dari orang sekeliling yang dipercayai

-          Sebagai anak sulung, obviously aku tiada abang atau kakak sebagai rujukan. Tapi aku ada Ibu dan Ayah. Cuma aku tidak bergantung seratus peratus kepada pandangan ibu ayah juga. Bagi aku, tak mencukupi. Tidak salah pun untuk minta pandangan orang lain; makcik, pakcik, senior yang sudah lama berkahwin, yang baru berkahwin, rakan sebaya yang dah kahwin, malah kawan-kawan yang juga sudah mula membina hubungan serius dalam perkahwinan. Perkaya sumber rujukan anda.

-          Bila kita ada sumber rujukan pelbagai peringkat umur daripada pandangan lelaki dan perempuan, kita boleh cuba rangka dan agak apa yang perlu dibuat dari segi teori/ pegangannya dan juga metod yang sesuai dengan konteks zaman sekarang. Tetapi still akan ada  banyak trials dan errors dan juga ketidakpastian.

-          Apa pun, satu benda yang aku pegang, ikut cakap mak ayah. Cuba juga untuk ikut walaupun kadang-kadang rasa tak rela. Kalau rasa tak boleh terima sangat, luahkan dan bincang dengan ibu ayah dengan matang dan tenang. Kalau ibu ayah masih anggap kau macam budak-budak, sabar. Mungkin ada benarnya dan mungkin kau sendiri harus buktikan kepada ibu ayah yang kau dah semakin dewasa dan matang. Atau mungkin ibu ayah kau hanya risau untuk melepaskan anak mereka untuk hidup dengan insan tidak dikenali dalam dunia yang semakin menggila ini.

*IBU BAPA KITA TAK SAMA. So these are not hard and fast rules. Aku tahu, ada sahaja keluarga yang tidak mempunyai komunikasi yang terbuka sebegini bila timbul isu relationship ini. 

Itu je lah yang aku mampu dan yakin untuk kongsi. Selebihnya, aku belum hadapi lagi.

Amazing. Dalam setahun ini:
Orang yang pernah suka aku sejak 7 tahun lalu kembali dan kemudian pergi dengan harmoni.
Orang yang aku tersuka pula selama setahun, dah berpunya. Nasib baik tahap suka, bukan cinta. Jadi, tercalar sikit je, tak patah lagi hati ni. 

Kemudian, orang-orang yang dalam relationship pula menyarankan orang yang single supaya bertenang kerana dalam relationship pun ada naik turun, manis dan sakitnya. (Nope, I am still not buying the concept of having a romantic relationship before marriage). 

Pelaburan dalam perkahwinan ialah pelaburan seumur hidup. Sanggupkah kalau kita tersalah pilih hanya kerana terbuat keputusan menurut belaian emosi berbanding rasional? Perasaan itu memang akan naik turun. Tetapi apabila matlamat perkahwinan itu sama, apa jua badai yang melanda, kau akan terus sokong satu sama lain, berkorban bila perlu dan menjadi lebih matang bersama-sama sehingga akhir hayat.

 Jadi, apa matlamat kau nak kahwin?
Ayuhlah sama-sama bertafakur.   
Semogabermanfaat untuk warga single di luar sana. Last words, before you commit to a stranger, commit to yourself first. #donebebel #donelettingitallout 

Auni B, 
8 Disember 2018,
Ahad,
4.32 petang.

Comments

  1. Thank you for sharing

    ReplyDelete
  2. secret admirer5 May 2019 at 12:07

    sy prnh suke awak dulu time skolah tp tak kesampaian hajat nak beritahu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts