KIN 3 : Macam -macam Gaya Penulisan
2018 ialah tahun skil penulisan aku memang betul-betul diasah, baik dalam akademik. penulisan rasmi mahupu penulisan kreatif.
1. Penulisan akademik
Kaedah penulisan saintifik yang diperlukan oleh pelajar psikologi dalam penulisan laporan kajian (research report) perlu digilap sehabis baik. Semasa aku nak menulis laporan individu untuk subjek Experimental and Non- Experimental Designs and Analysis, barulah aku semakin sedar bahawa banyak lagi yang aku tak mampu nak aplikasi daripada langkah-langkah penulisan laporan yang telah diajar oleh Dr Alizi Alias dalam kelas Research Methodology semasa Tahun 2. Setiap bahagian laporan itu perlu ada item-item yang spesifik. Kemudian, kita perlu pastikan isi kandungan keseluruhan bahagian laporan selari. Tidak semudah itu untuk dilaksanakan secara amali.
Aku juga belajar bagaimana untuk menganalisa artikel jurnal dengan lebih laju dan bahagian mana yang perlu ditumpukan dan relevan dengan topik kajian. Malah, aku juga perlu biasakan menggunakan frasa-frasa dan bentuk ayat yang lebih 'saintifik' dan bernada akademik. Mana boleh main ayat-ayat bunga dan puitis di sini. Ambil masa juga lah untuk biasakan sebab aku kan suka main ayat.
2. Penulisan rasmi
Perlantikan aku sebagai Setiausaha 2 dalam Sekretariat Pelajar Psikologi juga telah membuka ruang untuk aku mengasah skil penulisan kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat. Kadang-kadang, bosan juga sebab terikat kepada struktur dan format. Tapi benda ni melatih aku untuk lebih cekap dan teliti. Tapi seteliti aku, orang dewasa yang dah lama bekerja, boleh juga nampak silapnya di mana. Maknanya aku tak cukup teliti lagi (?)
3. Penulisan kreatif
Memandangkan aku sertai Program Pengasahan Bakat Penulisan Langit Ilahi 2018 (tapi tak khatam), aku baru sedar yang aku tak mampu untuk berdisiplin menulis dengan konsisten. Kami kena keluarkan artikel setiap dua minggu. Penulisan yang aku puas hati, hanya yang pertama huhu.
Lagi dipaksa idea untuk datang, makin hambar penulisan tu. Tapi, ada juga mentor beritahu: "There is no such thing as mental block. Idea ada kat mana-mana." Mungkin aku belum sampai tahap tu lagi. Aku selalu anggap penulisan ni sebagai medium untuk aku bebas. Bila dijadikan disiplin sebegitu, aku tak mampu lagi untuk commit. Mungkin penulisan sebagai kerjaya, bukanlah bidang aku. Content pun tak banyak, sebab apa je yang aku tahu melainkan pengalaman sendiri yang seciput ini.
Bila diajar untuk marketing/ pemasaran, waduh memang jenis tak pandai promosi diri sendiri. Jadi, kurang selesa.
------
Somehow, kaedah scientific writing yang diasah dalam pelajar psikologi, sedikit sebanyak telah membuatkan aku banyak berfikir sebelum menulis dan membuat andaian. Apa pun, aku akan menulis selagi aku yakin apa yang ditulis mempunyai manfaat untuk diri aku dan orang lain.
Ada juga yang tanya:
"Kau menulis kat mana sebenarnya?"
2018 ini, aku memang kurang menulis. Kalau aku rasa otak terkepam sebab banyak sangat perkataan berlari-lari dalam otak, aku akan luahkan di diari, status whatsapp, story Instagram, Twitter dan status Facebook. Blog jarang-jarang.
Kadang-kadang emosi yang dihadapi dalam satu hari, aku padatkan dalam ayat-ayat ringkas. Aku nak luahkan emosi aku, tapi aku taknak orang tahu segalanya. Itulah sebabnya aku selesa guna media sosial yang ringkas-ringkas, cuma jadi tak sihat pula bila orang andaikan aku ni macam merana 24/7 xD
To be honest, 2018 was a hell of a year, but now I feel much better. Alhamdulillah. Starting 2019 with a peaceful mind.
AND I wanna keep writing as my medium to be free as a bird without any chain or cage. Just me, my mind and soul as it is, without any filter to cover up flaws. Bare-faced, as I had always been (literally).
12.34 am
Auni B
Stay true to yourself
Allah had me you unique
Why compromise to be a mediocre?

Comments
Post a Comment