Journey to Jannah (J2J)

Assalamualaikum.

Saya baru pergi kem yang paling pendek yg pernah saya hadiri, J2J.
Walaupun 2 hari 1 malam je, tapi cukup bermakna.


Mula-mula, rasa macam "bila nak habis ni..." walaupun kem tu lembut je. Saya  dah  banyak sangat bersantai dan berehat. Bila tiba2 diperingat tentang kepimpinan dan peranan sebagai daie, tersentaplah saya sepanjang masa kat kem tu.

Antara perkara yang disentuh ialah berkenaan saudara-saudara Islam di negara2 Islam yang sedang bergolak. Mesir, Syria, dan semestinya Palestin. Mereka juga tekankan tentang mengenali negara2 Islam lain dan benderanya sekali. Algeria, Iraq, Turki, Tunisia, Iran dsb. Sentap la jugak bila perasan bahawa kurangnya cakna tentang ummah Islam.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk Ummah? Untuk bantu umat Islam di Mesir, Syria, Palestin?

First, belajar bersungguh-sungguh dan mantapkan iman kita. Bangunkan masyarakat Islam di negara kita sendiri, Malaysia tanah tumpah darah kita. Kalau nak jadi pejuang di sana pun, memang tak salah. tapi cuba  bandingkan saja fizikal kita dengan tentera kat sana. Hmm.
Umat Islam di negara bergolak tu ta minta pun kita hantar pejuang/ askar, tapi yg mereka minta ialah mantapkan masyarakat Islam di negara kita sendiri dahulu.

Second, berdoa dengan sungguh dan ikhlas kepada Allah. Jangan remehkan kuasa doa. Semoga mereka sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan.

Third, boikot barangan yang hasilnya disumbangkan kepada Israel. Bagi saya, inilah yang paling payah. Melawan nafsu sendiri, dan fahamkan ahli keluarga untuk boikot. Plus, mereka juga ada nafsu mereka sendiri.

Moga kita boleh sama2 amalkan ye.


Comments

Popular Posts