BALANCE




Dulu aku keliru, hanya tampak kelabu,
Kini, aku jelas beza hitam putihnya
Dulu, aku meniti atas gerak hati,
Kini, tidak lagi.
Imbang
Kau perlu bijak bergaul dengan semua, supaya mesejnya boleh tiba
Kau juga perlu bijak menjaga batas, agar kau sendiri tak terbabas
Kau takkan sama, sebab kau bawa imej al-Quran
Awas kerana akhlak burukmu, agama boleh terpalit sama
Maka hati-hati dalam meniti
Jadi lah tali yang menghubung
Tangan terbuka yang memaut
Hati terbuka untuk mencintai
Kau tak tahu
Di sebalik pakaiannya yang kurang sempurna
Hatinya minat ceramah Nouman Ali Khan
Di sebalik kebebasannya bergaul lelaki perempuan
Dia usaha untuk kekal ceria dan raikan semua orang
Di sebalik gaya ala-ala hipster
Dia pemikir dan pembaca yang tegar
Di sebalik mempunyai teman lelaki
Dia komited dalam tanggungjawabnya dan kawan yang setia
Siapa sangka?
Siapakah kita untuk menilai?

Syurga neraka Allah yang tentukan.

*berbulan tak menulis, menumpul. 

Comments

Popular Posts