Aku lagi sayang kau, Skrin!
Manusia sepertinya disampuk dengan ketagihan gajet.
Ustaz menyampaikan kalam-kalam Allah, Rasul dan Ulama
Kita menghadap gajet
Ketua kita tengah menabur amanat di depan
Kita menghadap gajet
Akak naqibah comel lotte tengah menghamburkan mutiara-mutiara
Kita menghadap gajet
Tengah berbuka ramai-ramai dengan kurma dan air mineral pembasah tekak
Kita menghadap gajet
Ibu sedang mengeluarkan arahan persiapan raya, masak la, masukkan duit raya la
Kita menghadap gajet
Adik merengek-merengek minta dibancuhkan susu, ye lah tak puasa kan
Kita menghadap gajet
Dikatakan sleepover, tergolek ramai-ramai
Tapi masing-masing leka menghadap gajet sendiri
Hoi hoi hoi !
Bukankah fokus ketika ustaz mengajar dinamakan ADAB?
Bukankah fokus ketika ketua menabur amanat dikatakan HORMAT?
Bukankah fokus ketika kak naqibah menghamburkan mutiara dikatakan HORMAT?
Bukankah lebih BERADAB sekiranya kita menghargai orang-orang yang berbuka bersama-sama kita?
Bukankah lebih BERADAB sekiranya wajah ibu kita tatap?
Bukankah nampak lebih KASIH SAYANGnya sekiranya adik kita dilayan sepenuh perhatian?
Bukankah lebih BERMAKNA sekiranya bermesra-mesra dengan sahabat depan mata, alang-alang dah ada masa?
Akhlak yang cantik buah keimanan.
Kalau buah kita tak tumbuh lagi, maknanya pokok kita tak cukup subur lagi kan?
Dan
Hargai yang depan mata sebelum ia tiada.
Jangan meratap dalam penyesalan,
Bila tetiba benda tu pergi.
SUBURKAN POHONMU.
Comments
Post a Comment