Geng Khaulah: #1 Tough Sugar

Saya ada suatu hobi. Hobi untuk men"describe"kan orang, tempat dsb. 
-----

Orangnya putih
Senyumannya manis
Sederhana tinggi
Nampak seperti gadis biasa
Tapi tidak,
Dia luar biasa 

Langkahnya perlahan 
Sesekali terhencut-hencut
Kadang berkerut-kerut 
Menahan kesakitan yang tiba-tiba menyerang

Dulu, dia masih dapat berjalan sendiri
Namun sekarang perlu sokongan dari "kaki" ketiga
Kalau ke tempat jauh, berbasikal jawabnya
Kalau ke tempat bertangga, mengengsot pula.

Ada masa kesakitannya teramat sangat 
Perlu pembedahan dan cuti lama
Ada masa lukanya berdarah
Perlu cuci di hospital segera 
Ada masa badannya terlalu lemah
Perlu dipapah, ditolak guna kerusi roda

Adakala ketika tasmik, migrain menyerang 
Berpeluh-peluh dia menahan
Walau begitu, dia tak pernah putus semangat
30 juzuk berjaya dikhatamkan juga.

Bila dia mula berbicara mengenai kehidupan
Pasti menjentik qalbu yang kelalaian
Kerana begitu sering melalui kesakitan 
Dia lebih "nampak" erti kehidupan. 

Aku percaya Allah menguji seseorang mengikut kemampuannya. 
Itu bermakna kau lagi kuat dari kesakitan yang seringkali kuat menimpa kau.

Allah ciptakan insan dengan kemampuan luar biasa. Cuma perlu cara yang tepat untuk mengaktifkannya. 

Maka bersabarlah sahabatku.
Kau akan gagah bila percaya dengan janji Allah. Kebaikan sebesar zarah pun pasti dikira. Kesabaranmu menahan sakit, itu ladang pahala buatmu. 

Moga Allah kurniakan syurga. 

Comments

Popular Posts