Iqra dan Qalam



Bismillah. Amaran: Post ini agak formal.

Saya sedang membaca Catatan Fikir Dua Penulis oleh saudara Hilal Asyraf dan Zahiruddin Zabidi. Buku tersebut menerangkan serba sedikit tentang pengalaman mereka dan tips-tips santai untuk mereka yang ingin mengembangkan potensi menulis.

Antara isinya:
-Apa pentingnya penulisan?
Sesungguhnya manusia akan mati,
tapi mereka boleh kekal hidup dengan meninggalkan jejak penulisannya. Seperti para ulama terdahulu.
Bayangkan sekiranya al-Quran dan hadith tidak ditulis dan dibukukan?

-Matlamat kita menulis kena jelas.
Sebagai medium dakwah kepada masyarakat antaranya, ajak manusia kembali kepada Tuhan.

-Karya/artikel mesti ada hala tuju/ mesej yang selari dengan matlamat dan membawa suatu nafas "perjuangan".
Biarpun dalam bentuk fiksyen, mesejnya perlu sampai.

-Inspirasi/idea untuk menulis?
Pastinya, mesej-mesej daripada tadabbur al-Quran dan sunnah perlu dijadikan tema utama jika ingin mengajak manusia kembali kepada Tuhan.
Pengembangan idea daripada pengalaman sendiri dan orang lain, pemerhatian dll.

-Pengembangan idea?
Tanya, tanya dan tanya. 5W 1H
-Perlukan disiplin dan target.
Contoh: Seminggu, 5 karya fiksyen, 2 bukan fiksyen.

-Sebarkan pengaruh melalui media sosial
Konsisten kemas kini blog (menunjukkan anda dedikasi) dan status Facebook/Twitter dsb.

----------
Ingatkan surah al-Alaq? Saya sendiri sering memfokuskan perkataan pertama dalam surah ini iaitu Iqra'. Sehinggakan saya tidak langsung perasan akan sumpah Allah terhadap "qalam".

Macam mana nak jadi penulis yang bagus?
"Baca, baca, baca dan tulis."
 -A Samad Said


Doakan saya agar saya boleh menjadi pembaca yang lebih "rakus" dan penulis yang lebih "halus". Untuk ummah insyaAllah.
*If you ever read this, thank you Kak Ulfa for motivating and trusting me. Love you dearly.

Comments

Popular Posts