Khaulah #2 Sesama Sentiasa
10.7.8.9.11
Bonda
Minah
Auni
Uswah
Asmaa
Ain
Saff
Maira
Jannah
Hani
Bella
Afi
Ipah
Halaqah Khaulah al-Azwar
Kami bermula dengan 10 orang
Akhir sem 1, 3 orang melangkah pergi
Namun sem 2 , seorang kembali.
Kelas tasmik kami di masjid
Berdekatan tangga menara
Time kelas tasmik,bertaburan berdekatan ustazah
Bila kelas nak tamat, baru rapat-rapat.
Telatah dalam kelas?
30 minit pertama, steady lagi
30 minit seterusnya, macam-macam gaya
Terlentok ke kiri, terlengguk ke belakang
Ada yang statik, "khusyuk" sekali
Maka mula lah sesi menepuk kawan sebelah
Berdiri menghilangkan mengantuk
Meminta seteguk air untuk segarkan diri
Dan sesi mengurut bahu percuma .
Aku masih ingat Ustazah Ummul Khair
Ah, memang punya semangat Khaulah al-Azwar
Walau sarat mengandung 8-9 bulan
Tetap gagah mendaki tangga "menara" masjid yang tinggiii tu
Anaknya Maryam Misk yang putih gebu
Seaktif dan sekuat ibunya
Pertama kali melihatnya waktu raya
Nun mengembara dari KKB ke Ukay Perdana.
Sepanjang Ustazah Ummul cuti pantang
Ustazah Majdiah jadi pengganti
Isteri Ustaz Wan Fiqh Mar'ah
Orangnya pendiam, tegas pula.
Selepas itu, Ustazah Syuhada murabbiah kami
Orangnya comel, mudah "fit-in" dengan pelajar
Tapi bab tajwid, jangan main-main
Beliau tegas, nasihatnya bernas.
Musim perpecahan halaqah tiba
Alhamdulillah, kami tetap bersama
Malah bertambah ahli keluarga
Bella, Afi dan Ipah menambah ceria.
Setelah sekian lama, Ustazah Ummul bertugas kembali
Tapi tak lama, beliau kena ikut suami
Maka, guru kami bertukar lagi
Dan muncul lah, Ustazah terakhir kami, Ustazah Farhanah Rafie.
Ustazah Farhanah orang hebat
Bekas TSU Perkemat,
Zaujah kepada orang yang tak kurang dahsyat
Ketua Nuqaba DQ, satu batch dengannya.
Orangnya lincah, manis mukanya
Berkaca mata, anak Teganu kita,
Sempoi-sempoi, macam kawan pula
Tapi bila menegur, sentap sekali kata-katanya.
"Semuanya berbalik kepada diri, nak atau tak. Kalau nak, maka perlu pengorbanan."
Sejak berpindah ke kelas bawah
Suasana makin gamat, meriah
Ke kafe bersama, makan sesama
Dan bila dah lambat, bertempiaran sesama.
Bab berjalan dan makan memang juara
Plan adhoc pun, insyaAllah menjadi
Majlis Tilawah Kebangsaan 2015 berjaya jejaki
Jamuan perpisahan pun berjaya langsai.
Al kisah Jamuan Kelas
Ambik kesempatan, kafe disita
Walau dengan izin al-Fadhil Ustaz
Pak guard tak percaya "apa bukti, apa bukti?!" Haish.
Gathering di Kedai Kek dan Roti
Lauk-pauk masakan panas enak sekali
Alhamdulillah puas hati, puas selfie (eh?)
Walau balik terlewat sikit , kena jalan kaki.
Demikian sahaja secara ringkas,
Kisah halaqah ini.
---------------------
Serius
Aku kagum dengan kalian
Kalau ada ada yang demam
Pasti ada "food delivery" ke bilik
Pasti ada yang tolong "jelum" badan
Kalau ada yang kesusahan
Nak balik takde kawan atau ke hospital keseorangan
Pasti ada yang sudi teman
Kalau ada yang stres dan tetiba hilang
Pasti ada yang lancar operasi mencari di satu aras
Dan Bertanya prihatin, "Ok tak ni?"
Sambil gosok-gosok belakang, agar lepaskan kekusutan.
Mungkin halaqah kita bukan halaqah paling sopan
Tsiqah jauh sekali
Tapi aku bersyukur yang amat
Aku berpeluang mengenali kalian
Kalian telah mengajarkan aku banyak perkara
Memercikkan hidupku dengan pelbagai warna
Terima kasih sahabat
Jangan pernah berhenti menebarkan warnamu.
Be yourself,
your BEST self.
Jangan pernah berhenti sebarkan cahaya
Biar orang di sekelilingmu juga dapat merasai nikmatnya cahaya itu.
Walau jalan kita sekarang berbeza
Kita tetap dukung amanah al-Quran yang sama
Kau dan aku sama-sama rawat dan perkasa umat
Aku bahagian ini, kau bahagian itu
Bersama-sama lengkapkan satu sama lain.
Selamat jalan sahabat.
Comments
Post a Comment