REACHING HEARTS 5: NAK NASI
Aku, Zakiah, Tayyibah dan
Khalidah menjinjit beg plastik dua bungkus seorang. Ada yang berisi set
lengkap; nasi putih, ayam masak merah, daging lada hitam, telur sambal dan
sayur campur. Ada sebahagian yang lain hanya berisi lauk ayam.
Brotherbears dan sisterbears baru
sahaja selesai menjamu selera di Restoran Melayu Padang di Parkson Maju
Junction Mall di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Agak banyak lauk-pauk
yang berlebih. Tapi kek Chocolate Indulgence daripada Secret Recipe sudah
semestinya habis dibaham licin. Dengar-dengar, ada yang minta lebih sebab
terkulat-kulat. Eh?
Setelah operasi membungkus lauk
selesai, semua brothers pun sudah meninggalkan restoran, aku dan empat orang
lagi sahabatku mula menapak kembali ke Masjid Jamek. Empat orang lagi memilih
untuk menaiki LRT kerana sudah keletihan. Aku, Zakiah, Tayyibah dan Khalidah
mempunyai misi baru iaitu menyampaikan makanan yang berlebihan ini kepada orang
yang memerlukan, ala-ala Mini Feed The Homeless 2.0. *aku hiperbola je
sebenarnya sebab ada 2 set nasi je yang sempurna untuk diagih. Yang lain dah
kena cop, untuk ditapau balik ke rumah.*
Pada saat kami melintas kawasan
tangga Sogo, kami ternampak dua orang pakcik. Seorang warganegara asing,
seorang lagi orang kelainan upaya (OKU). Kedua-duanya berpakaian lusuh, kulit
mereka sedikit gelap kesan terdedah kepada matahari. Semasa Zakiah menghulurkan
satu plastik makanan kepada pakcik warganegara asing itu, aku perasan pakcik
OKU di sebelahnya merenung penuh harap. Terukir senyuman di wajahnya saat
melihat kami datang. Mukanya penuh dengan cahaya harapan *korang kena rasa
sendiri! sayu serius.*
Aku pada mulanya hanya tercegat
memerhati Zakiah menghulurkan makanan kepada seorang daripada pakcik tersebut,
padahal ada sebungkus lagi set nasi di genggamanku. Kemudian, baru aku tersedar
untuk memberikan bungkusan makanan tersebut ke pakcik OKU yang begitu berharap itu.
Pada saat itu, aku fikir “Mission accomplished!”. Kami berempat pun
meneruskan perjalanan, melintasi deretan kedai pakaian dan kain.
Akan tetapi ketika hendak
melintas jalan menuju Jalan Tunku Abdul Rahman, tiba-tiba
“Akak..”
Aku menoleh ke sebelah kananku. Ada seorang kanak-kanak
lelaki, aku anggarkan umurnya dalam 12 tahun, berdiri di sebelahku. Kulitnya
hitam manis, matanya kuyu. Dia sedang menadah tangan. Dan kau tahu apa yang
dipintanya?
“Akak, nak nasi..”, katanya dengan suara yang lemah.
Aku terdiam. Terkebil-kebil. Seperti tak percaya apa yang
aku dengar. Kalau apa yang diminta ialah duit, itu normal. Dan kebetulan, kami
baru sahaja selamat memberikan set nasi kepada dua orang pakcik tadi.
“Tapi dik, ada lauk ayam je. Nasi dah takde…”
Mukanya kecewa, semakin sayu. Aku berpaling ke
kawan-kawanku.
“Akak, sedeqah kak..”, ujarnya lagi. Mungkin dia
fikir aku nak pergi, tapi aku Cuma nak tanya kawan-kawanku yang lain bagaimana
untuk menolong adik ini.
“Sekejap eh dik”
“Korang, ada tak kedai nasi area sini? Dia minta nasi,”
tanyaku. Kiri, kanan, depan dan belakang
kami hanya lah deretan kedai pakaian, kain dan buku. Tiada kelihatan langsung
gerai atau restoran makanan.
“Takde, kalau ada pun belakang sana… eh tapi dia jual
roti je …”, jawab Khalidah, sambil mulutnya dimuncungkan ke arah yang
dimaksudkan.
Ah aku buntu. Tak sampai hati
untuk menolak permintaan budak itu. Tapi restoran makanan jauh, tambahan pula,
ada yang menunggu kepulangan kami di Masjid Jamek. Mujur
Zakiah menyelamatkan keadaan. Dia mengeluarkan not hijau bernilai lima
ringgit kepadaku. Kemudian aku memasukkan not lima ringgit itu ke dalam
bungkusan plastik yang berisi lauk ayam.
Aku membongkok sedikit supaya paras mataku sama dengan adik
itu.
“Dik, dalam ni, ada lauk ayam. Nanti, guna duit ni untuk
beli nasi”.
“Terima kasih kak,” katanya,
lalu dia berlalu pergi.
Aku? Masih dihantui rasa sayu,
terkejut. Dia minta NASI.
Credits to bengkungkesehatan.com |
Nasi. Makanan ruji yang patut lebih kita syukuri sebab kita
mampu menjamunya hampr setiap hari.
Macam-macam bentuk dan rasa. Nasi putih panas yang baru
masak dalam periuk nasi elektrik. Dan yang lebih menyelerakan, apabila ia
disimpahi rempah ratus, maka terhasillah nasi Arab, biryani, dagang, minyak
dsb.
Tapi cuba imbas kembali, apa jadi pada butiran-butiran nasi
yang kadang-kadang terpelanting keluar daripada pinggan bila seseorang dengan
lahap dan rakusnya? Yang kita ketepikan dan buang kerana lauk yang terpercik
padanya tidak menepati selera kita? Yang kita buang sebab terlebih kuota ketika
memasak, terlebih cedok semasa di kafe?
Ke manakah perginya ‘mereka’?
Mungkin hampir benar kata-kata orang-orang tua dulu. “Habiskan
nasi. Kalau tak, nanti dia nangis.”
Cuma, bukan nasi yang menangis, tapi insan lain yang seperti kita yang bakal menitiskan air mata.
Cuma, bukan nasi yang menangis, tapi insan lain yang seperti kita yang bakal menitiskan air mata.
Comments
Post a Comment