Memori CFS bersama Zaf
credits photo to whatsapp group sisterbears |
Malam-malam sunyi begini,
Tiba-tiba fikiranku melayang kepada dirimu.
Aku masih ingat suatu hari di pusat asasi,
Aku sedang berjalan dengan laju seperti biasa,
Kemudian, aku terdengar sayup-sayup suara lemah memanggil namaku.
Bila aku berpaling,
Rupanya kamu
Aku agak jarang bertemu denganmu di pusat asasi,
Mungkin kerana kita tidak sekelas, tidak se-mahallah.
Rupanya kamu
Aku agak jarang bertemu denganmu di pusat asasi,
Mungkin kerana kita tidak sekelas, tidak se-mahallah.
Rasa sedikit ralat di hatiku
Mengenangkan perangaiku
Yang sering kali cenderung hidup solo,
Terbiasa sendiri
Sampaikan tak berapa ingat kawan sendiri.
Mengenangkan perangaiku
Yang sering kali cenderung hidup solo,
Terbiasa sendiri
Sampaikan tak berapa ingat kawan sendiri.
Langkahmu longlai sekali ketika itu
Berusaha menuruni anak-anak tangga ke SMAWP
Mukamu pucat lesi
Bibirmu kering sekali
Wajahmu sudah cengkung
Aku pergi ke arahmu dan memegang lengan kirimu
Supaya kamu boleh melangkah
Terasa tulangnya, isinya makin kurang.

“Zaf, awak okey tak?”
“Sakit, sakit sangat bila pijak tanah,
Tapak kaki kita takleh nak rata bila pijak”
Keningmu jelas berkerut menahan sakit
“Okey takpe-takpe,
Kita jalan slow-slow”.
“Sakit, sakit sangat bila pijak tanah,
Tapak kaki kita takleh nak rata bila pijak”
Keningmu jelas berkerut menahan sakit
“Okey takpe-takpe,
Kita jalan slow-slow”.
Ketika itu, kita ada study circle
Jumaat, jam 12 tengah hari terik,
Aku menemanimu ke kelas,
Dengan langkah kecil dan perlahan,
“Kelas awak kat depan kan?
Takpe kita boleh jalan sendiri.”
Ah kamu sakit tapi masih mahu berdikari
“Eh takpe boleh je teman awak sampai kelas
Lambat sikit takpe”
(Suka hati je)

Bila tiba di kelas dan duduk
Kamu mula bercerita tentang kehidupanmu
Yang pasti, sakitmu makin teruk
Dan aku biarkan dirimu bercerita lebih sedikit
Sebelum aku sengaja lewat ke study circle
Masa tu, baru aku perasan dan sedar,
Yang kamu sakit serius.

Bila ibu bapamu hadir untuk menjemputmu
Setelah kamu keluar dari hospital PPUM
Aku berusaha untuk berjumpa denganmu
Membantu apa yang patut
Aku tak tahu bila lagi aku dapat berbakti kepadamu
Sebagai seorang teman.
Setelah kamu keluar dari hospital PPUM
Aku berusaha untuk berjumpa denganmu
Membantu apa yang patut
Aku tak tahu bila lagi aku dapat berbakti kepadamu
Sebagai seorang teman.
Aku dan yang lain bawa turun sebahagian barangmu
Dari tingkat 4 ke bawah
Seksa sekali aku melihat dirimu melangkah dari atas
Satu per satu langkahnya
Umpama setiap langkah itu bisa
Sayu, sedih.
Dari tingkat 4 ke bawah
Seksa sekali aku melihat dirimu melangkah dari atas
Satu per satu langkahnya
Umpama setiap langkah itu bisa
Sayu, sedih.
Aku tak lah baik sangat,
Aku hanya memikirkan betapa sukar untuk aku menemuimu lagi selepas itu
Aku bakal ke Gombak semester depannya
Kamu pula sepatutnya ke kampus Kuantan untuk ijazahmu
Itu semester terakhirku di pusat asasi
Dikelilingi sahabat sisterbear yang sangat ku sayangi.

Aku masih ingat sewaktu ibumu ingin menutup bonet
Tanpa sedar, beliau terhentak kepala bapamu dengan besi bonet
Pasti sakit! Tapi comel benar ibu bapamu
Ibumu kalut meminta maaf kerana tak sengaja
Bapamu pula menahan sakit di kepalanya.
Tanpa sedar, beliau terhentak kepala bapamu dengan besi bonet
Pasti sakit! Tapi comel benar ibu bapamu
Ibumu kalut meminta maaf kerana tak sengaja
Bapamu pula menahan sakit di kepalanya.
Sewaktu kamu sudah mahu berangkat pergi ke negerimu
Aku bersalaman denganmu
Aku terasa sangat sayu
Kerana dalam hatiku
“Bilakah lagi kita dapat bertemu?”
Aku bersalaman denganmu
Aku terasa sangat sayu
Kerana dalam hatiku
“Bilakah lagi kita dapat bertemu?”
“Zaf”
“Kenapa Auni?”
“Nak peluk, tapi takut awak sakit”
“Eh takpelah, meh sini”
Dan kamu memelukku
Namun aku memelukmu kembali dengan hati-hati
Kerana aku takut kamu terasa sakit nanti
“Kenapa Auni?”
“Nak peluk, tapi takut awak sakit”
“Eh takpelah, meh sini”
Dan kamu memelukku
Namun aku memelukmu kembali dengan hati-hati
Kerana aku takut kamu terasa sakit nanti
Entah sejak bila seorang Auni meminta pelukan
Tapi aku bersyukur
Sebab itu pelukan terakhir darimu.
Tapi aku bersyukur
Sebab itu pelukan terakhir darimu.
Siapa sangka,
Aku langsung tak menyangka.
Aku langsung tak menyangka.
*Tak best ayat dalam post ni, tapi biarlah. Aku nak rekod
memorinya. Sebab aku dah rasa memori ini makin pudar.Aku taknak memori ini
pudar, sebab aku taknak lupa untuk hargai benda sebelum ia tiada.
8 Disember 2016
11.30 pm
UIAM Gombak.
11.30 pm
UIAM Gombak.
Comments
Post a Comment