Kem 2017: Antara Kenangan dengan Masa Depan



30 Julai 2017

Cuti kali ini, aku mendaftarkan diri sebagai fasilitator kem pimpinan MPP dan Majlis Tertinggi badan pengawas yang baru di sekolah lamaku. Ini merupakan pengalaman baru buatku kerana ini merupakan kali pertama aku berkhidmat sebagai fasilitator di sekolah sendiri setelah keluar daripada sekolah 4 tahun yang lalu. Aku dengan yakin mendaftarkan diri kerana pada fikiran ku, Kem Pro biasanya tiada unsur kegarangan yang tidak perlu dan hanya berfokus kepada skil-skil dan pengetahuan kepimpinan.

Pada mulanya, DNI menetapkan konsep tegas berpendidikan yang aku setuju. Bunyinya sangat ideal bukan? Tapi apabila melihatkan adik-adik peserta ada yang disuruh duduk separuh, kenangan lalu kembali ke memori aku. Denda yang dikenakan kepada peserta kali ini; secara fizikal- duduk separuh, naik suara sedikit, penggunaan kata-kata ‘psycho’(Aku tak tau perkataan lain yg bawa maksud yg sama). Takde pun denda yang merepek seperti yang aku pernah kena masa kem lain. (Kena cerita dalam post lain haha.) Tapi tekanan emosi yang dihadapi oleh adik-adik tidak dapat aku ukur. Pada Jumaat petang, katanya DNI nak naikkan graf (maksudnya: streskan peserta ke kemuncaknya – yang aku paham la) tapi in the end, tak naik-naik pun. Malah ada game explorace yang santai-santai. Sebenarnya, slot yang dirancang untuk mengstreskan adik-adik hanyalah waktu slot DNI dan yang wajib stay tegas semacam hanyalah DNI. Walapun hakikatnya, semua DNI orangnya hati lembut-lembut kecuali sorang ni sebab dari dulu dia memang ada taring DNI skit, plus dia ni ambik law. Ketika slot-slot lain, kami fasilitator kena layan je peserta macam biasa.

 Adik lelakiku yang turut mengikuti kem ini, katanya : Program ni santai-santai je. Sahabatku yang jadi DNI kata Ketua DNI, Akh T pun tak sanggup nak marah peserta sangat sebab rasa peserta macam anak sendiri. Memang dua dah berumah tangga pun. Aku sebagai kakak pun, tak suka marah-marah sebab itu bukan cara aku layan adik aku sendiri. Aku lebih suka menggunakan pendekatan berkawan. Setelah program berakhir juga, adik aku kata dia sempat sembang skit dengan Akh T & dia kata Akh T baik je sebenarnya. Aku pun kadang terhibur juga bila DNI dropkan karakter masing-masing. Nampak terseksa sangat bila dorang kena berlakon jadi orang lain.

Walaupun begitu, semasa slot DNI, memori dulu memang datang balik. Sebab memang Akh T sendiri yang ada masa kem KRIS kami dulu. Aku nampak weh kesan-kesan trauma yang seakan-akan masih ada dalam diri aku & sahabt-sahabat sebatch aku.

Contoh: 1. Aku tertinggal nametag. Dan immediately aku jadi gabra. Tetiba rasa kalut kena ambik nametag, padahal aku kan fasi??!! 2. Masa slot DNI, kitorang yang fasi (yang baik dengan aku) pun jadi nervous, takut-takut sebab kami diarahkan untuk diam, hatta bunyi kasut pun tak boleh. Sebab teringatkan masa kitorang kena dulu. Pelik sungguh. The feeling is real! Seolah-olah kitorang ni tak move on lagi, padahal 7 tahun dah berlalu since kem KRIS. Kem KRIS ialah kem yang tinggalkan kesan tak berapa enak yang agak mendalam la dalam diri kami semasa Tingkatan 2 dulu walaupun banyak dah yang aku lupa.

Slot Muhasabah pula. Aku je wakil muslimat PSS yang ada kat kem tu. Wakil muslimin PSS ada la 3 orang. Jadinya, muhasabah dilakukan mengikut badan pengawas. Wakil Muslimin tu ajak aku join muhasabah PSS. Kitorang sama-sama buntu macam mana nak handle slot muhasabah tu. Sebab muslimin tu baik je (kira geng ah) dengan bebudak laki PSS tu. Dilema aku pula, adik sendiri yang jadi ketua pengawas PSS yang perlu dimuhasabahkan. Plan asal, kononnya kena tekan diorang, supaya masing-masing dapat luahkan apa yang tak puas hati tentang exco masing-masing. Tetapi apa yang berlaku, kami tak payah tekan pun, dorang dah boleh luahkan apa yang terbuku. Mantan exco juga turut hadir untuk bantu fasilitator. Alhamdulillah, mantan exco ni especially yang muslimat banyak bagi nasihat yang sesuai dengan keadaan dorang dengan penuh semangat & dari hati.

Aku pula beritahu komen jujur sebagai fasilitator kepada badan pengawas PSS. Tapi bukan tujuan untuk merendahkan motivasi dorang, tapi supaya dorang sedar akan kelemahan yang ada dan cuba baiki untuk perjalanan masa depan dorang yang lebih panjang. Aku tak marah-marah pun sebab aku dengar daripada mulut adik sendiri yang dia tak yakin untuk pegang jawatan yang dia dapat. Jadi, aku rasa tak patut kalau kita makin merendahkan semangat dorang. Wakil muslimin tu pula, dah macam pak ustaz, share pasal ayt al-Quran & hadith, recite satu-satu kot hadis dalam bahasa Arab. Aku sebagai ex-IQRAC pun tak mampu huhu. Aku ni, hanya boleh bagi nasihat tentang apa yang dorang perlu buat sekarang sementara di sekolah, sebelum keluar ke alam universiti yang banyak dugaan.
Slot terakhir dengan badan pengawas masing-masing ialah sharing moments dengan mantan exco , kemudian alumni. Aku tanya lah bebudak PSS tu; “Apa perasaan awok sekarang?” Sorang muslimin tu jawab: “Banyok ngak perasaan campur gaul, pahtu last skali dok semangat.” Aku nak gelak pun ada sebab jujur, tapi tu kejujuran tu yg aku nak. Muslimat pula macam takut-takut lagi kot dan bagi jawapan skema sampai aku pun lupa apa.

Feedback yang aku boleh bagi, exco-exco PSS ni memang kebanyakannya kelihatan pendiam (mungkin dengan geng masing-masing bising kot), lelaki dan perempuan. Karakter diri mana boleh dipaksa-paksa berubah. Aku pun sebenarnya memang orangnya agak pendiam dari kecil. Tapi kita kena latih diri untuk do the right thing at the right time. Perlu latih untuk bersuara bila diperlukan. Belajar untuk diam pada masanya. Aku sendiri pun masih belajar. Tak semestinya banyak cakap itu baik untuk semua masa, begitu juga dengan diam.

Melihatkan muka mereka yang masih suci, dan ada yang comot-comot membuatkan ku kadang-kadang tersenyum sendiri. “Aku pun agaknya dulu macam ni haha”. Mereka semua ada potensi. Kadang-kadang ada yang jenis late bloomer. Di sekolah, biasa-biasa, tapi bila dah keluar jadi pemimpin di kampus & dalam bidang masing-masing. Setiap orang ada pace, jalan hidup tersendiri. Jadi, apa pun, kita kena selalu bersangka baik, positif dan tolong mereka untuk jadi lebih baik.

Sekarang ni, baru aku nampak dan sedar kepentingan alumni kepada sekolah. Bagi aku, alumni ni sepatutnya memberikan pandangan yang lebih luas tentang hidup sebab alam selepas sekolah yang lagi mencabar. Alumni ada pengalaman yang boleh dikongsi. Aku sendiri yang dah jejak 3 kampus berbeza walaupun baru keluar sekolah 4 tahun, dah dapat macam-macam pengalaman & perasaan baru yang boleh dikongsi. Dan pengalaman tersebut mematangkan kita, dan sering kali mengubah. Kedua, penglibatan alumni dengan pelajar sekolah juga membuatkan pelajar ni rasa yang ada orang yang kisah atau care tentang mereka. Maka dari situ, ada potensi besar untuk wujudkan hubungan silaturahim kat situ. Aku sendiri masih lagi berfikir-fikir ni macam mana nak function sebagai alumni sekolah.

Sekarang juga,  aku rasa beruntung juga dapat belajar di universiti tempatan. Kita ada masa dan kemudahan untuk kembali berkhidmat kepada masyarakat sendiri secara dekat dan kerap. Antara nak dan taknak je huhu, sedar atau tidak.   

Okeylah dah letih menaip. Post bebel macam ni bukan sia-sia. Dalam otak aku, ada banyak konflik lama yang perlu dileraikan dan pengalaman baru yang perlu dihadam. Jadi kalau tidak diluahkan dan ditulis, payah untuk berlaku perkembangan dan pematangan idea. Besides, aku tengah mencari dan cuba cari jawapan tentang kem-kem yang aku pernah lalui; sebenarnya berkesan ke tidak? Kenapa bentuk kem kebanyakannya sama? Kalau tak berkesan, so apa bentuk pendekatan yang sesuai jika kita buat kem?

Kalau anda ada idea atau jawapan kepada persoalan saya, maka sila lah beritahu. Kita boleh bincang.


Comments

  1. Pasti ada Auni. Cumanya, nak explain kat sini, memang panjanglah.

    Masih banyak kem2 yang saya pergi, tidak ada adegan marah yang dibuat2, tetapi peserta bertindak mengikut arahan, peserta nangis nak berubah dari hati sendiri dan banyak lagi. 😊

    ReplyDelete
  2. beruntungnya! saya pernah pergi satu kem yang memang inspiring. nanti sy nak update lagi. 6 kem yg lain, masyaAllahhh sabo je la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts