REFLEKSI: TAHUN 1 SEM 2 PSIKOLOGI DI UIA
Salam dan selamat pagi! Alhamdulillah baru selesai exam final semalam. Jadi, boleh la aku kembali aktif menulis dengan ruang waktu yang banyak semasa cuti semester ni.
Ini aku kongsikan catatan lama tentang subjek-subjek akademik yang aku ambil sewaktu Tahun 1 Semester 2. Baru keluar dari peti harta karun haha. (Kat blog ni kita santai-santai je dan informal hehe).
1. ISLAM & PSYCHOLOGY (PSYC 1070)
Silibus
dimulakan dengan analisa tentang ideologi atau 'basic assumptions' dalam ‘theoretical
perspectives’ yang ada dalam psikologi. Contohnya; behaviorism (satu daripada
theoretical perspective dalam psikologi) menekankan bahawa manusia ini dibentuk
daripada rangsangan atau 'stimulus' daripada persekitaran dan faktor-faktor
luaran. Ia seolah-olah merumuskan bahawa manusia tiada kemampuan untuk menolak
pengaruh luaran. Sedangkan dalam Islam, Muslim percaya akan kewujudan aqal
& jiwa. Aqal dan jiwa lah yang lebih utama peranannya dalam membentuk
tindakan manusia, jika nak dibandingkan dengan pengaruh luaran.
Secara
keseluruhannya, semua theoretical perspective Barat ketiadaan elemen jiwa di
dalamnya. Jadi, jika seorang Muslim taksub kepada suatu daripada perspektif
psikologi Barat tersebut dengan membabi-buta, maka ia boleh memberikan kesan
tidak baik kepada aqidah Muslim. Masa ini lah ilmu Islamic Ethics yang aku belajar
masa sem 1 berguna kerana ada juga dikaitkan dengan konsep keadilan Tuhan
(God's Justice), tanggungjawab dan akauntabiliti manusia (Man's responsibility
& accountability).
Jadi, silibus
subjek ini memfokuskan kepada perspektif Islam secara ringkas bagi setiap
topik. Namun, kami masih belum ada buku teks 'Psikologi Islam' yang khusus
untuk rujukan komprehensif. Tapi sebagai usaha awal, para pensyarah ada
menerbitkan sebuah buku kompilasi artikel-artikel tentang beberapa topik
Psikologi daripada perspektif Islam. Sangat membantu untuk memberikan gambaran
kasar sebab ada disertakan ayat-ayat al-Quran, hadis, pandangan tokoh-tokoh
Islam silam seperti Ibn Sina, al-Ghazali dsb. Tapi kita perlukan huraian yang
lebih mendalam daripada itu.
Dari segi cara
penyampaian dalam kelas, pensyarah mewujudkan sesi diskusi kelas (class
discussions) atau lebih kepada pembentangan sebenarnya untuk belajar tentang kebanyakan topik yang bukan
mengenai theoretical perspective. Kelebihannya, kami dapat mendengar pembentangan
daripada orang yang berbeza dan disajikan dengan pelbagai jenis soalan daripada
setiap kumpulan. Kelemahannya, apabila rakan sekelas yang membentang, ada
macam-macam gaya lah. Ada informasi yang boleh dipercayai, ada yang seperti
meragukan. Ada yang bersungguh, ada yang baca langsung daripada ‘slides’
mereka. Jadi, payah untuk ilmu subjek ini untuk sampai kepada tahap yaqin.
Metod
penilaian: 1 pembentangan, 1 assignment bertulis, 1 role play.
2. INTRODUCTION TO POLITICAL
SCIENCE
Intro Poli
ialah subjek kegemaran aku untuk semester
kedua ini. Kalau tak kerana wajib ambil subjek ini, tak tahu la bila aku akan
ambil tahu tentang ilmu sains politik 'in a proper way'. Sebelum ni, aku cuma
minat baca dan kaji sikit-sikit tentang konflik-konflik di negara orang seperti
Mesir, Turki dan Myanmar. Tapi kalau tentang negara sendiri, hmm tak tau
sangat. Terkejut juga bila ada member tanya; "Taknak minor Political
Science?" Tak tau pula sama ada potensi & gaya ke arah tu ke? Lol.
Kami
diperkenalkan secara kasar dengan pelbagai teori politik lama & moden,
tokoh-tokoh, sistem-sistem politik, kewujudan civil society (atau NGO),
pilihanraya, hubungan antarabangsa dan lain-lain.
Pengajaran penting yang aku dapat
daripada subjek ini; dalam politik ini, bukan tentang perlagaan parti-parti je.
Tapi lebih luas daripada itu.
Pertama, untuk
peringkat individu, rupanya penting sangat untuk rakyat tahu bagaimana untuk
jadi warganegara yang bijak & menyumbang kepada pembangunan negara. Rakyat
perlu cakna dengan isu semasa & bersuara bila perlu. Jadi warganegara yang
baik bukanlah dengan menjadi warganegara yang pasif.
Kedua, civil
society (NGO) juga berperanan penting untuk membangkitkan isu-isu yang wujud
dalam masyarakat kepada perhatian pihak kerajaan. Tapi aku belajar teori je la
kan. Tak tau sejauh mana signifikannya dalam alam realiti.
Ketiga, tiada
satu sistem politik ideal yang sesuai untuk diterapkan kepada semua negara.
Sebab sistem politik perlu bergantung kepada keadaan rakyat setempat, geografi
dll. Islam hanya menggariskan
prinsip-prinsip dasar sahaja dalam pemerintahan negara seperti tauhid, keadilan
dan beberapa lagi . Tapi cara pembawaan kerajaan tu bebas. Aku tak tau banyak
tapi itu kefahaman asas yang aku dapat.
Aku pun tak
sangka aku semangat sangat belajar Intro Poli ni sampai dapat khatam semua topik berkaitan dalam buku
teks Poli sebelum peperiksaan akhir semester. Boleh je kalau nak baca slides sahaja,
tapi tak seronok lah sebab tak mendalam kan. Kesimpulannya aku puas hati belajar Intro Poli Alhamdulillah! Cuma, dugaannya ialah assignment. Kumpulan agak
besar, ada 10 orang. Jadi, ada pelbagai
ragam.
Metod penilaian:
pop quiz, poster + pembentangan & video, 2 test. Tiada peperiksaan akhir
yang centralised.
3. SCIENCE OF AL-QURAN (ULUM
AL-QURAN)
Mula-mula, persepsi aku kepada
Ulum Quran (& Ulum Hadith); "Aih nanti belajar sama je ke dengan
subjek zaman sekolah Quran Sunnah?"
Tentulah ada
penambahan ilmu baru ! Yang aku ingat aku baru tahu ada pelbagai jenis tafsir
al-Quran. Aku baru tahu ada jenis tafsir al-Quran yang dipengaruhi oleh fahaman
sesuatu kelompok. Dulu, aku ingatkan semua tafsir boleh dipercayai bulat-bulat,
rupanya tidak juga. Aku juga belajar bagaimana untuk menangkis hujah- hujah
daripada golongan Orientalis tentang al-Quran.
Jujurnya, aku
tak ingat sangat dah benda baru yang aku belajar dalam Ulum Quran. Cuma yang
aku tahu, aku masih keliru dengan perbezaan antara Ta’wil dan Tafsir. Huhu.
Metod penilaian:
Pembentangan poster, yang lain dah lupa Allahu.
4. SCIENCE OF HADITH (ULUM
AL-HADITH)
Pensyarah yang
mengajar aku SOHA (singkatan popular untuk Science of Hadith dalam kalangan
pelajar Human Science) ialah Dr Khairil Husaini. Ustaz memang terbaik! Beliau
merupakan bekas pelajar KISAS yang kemudian melanjutkan pelajaran ke Madinah dalam
bidang Hadith dan seterusnya di United Kingdom.
Pada kelas
pertamanya, beliau memulakan sesi pengajaran dengan memperkenalkan asal usul
dan falsafah di sebalik namanya, Khairil Husaini dari segi bahasa. Bukan
terjemahan bahasa Arab ke Melayu semata-mata, namun juga dalam bahasa Ibrani.
Tapi sayang aku juga sudah lupa butirannya. Cuma aku masih ingat rasa kekaguman
aku pada kelas pertama kerana terserlah pengetahuan beliau yang meluas kepada
ilmu bahasa, sejarah, geografi, bukan hanya terhad kepada ilmu hadith semata.
Beliau
mengambil pendekatan untuk memahamkan pelajar-pelajar Human Science tentang
konsep-konsep dalam sunnah dan hadith berbanding penekanan terhadap ilmu
mustalah hadis yang lebih teknikal. Apa yang aku faham dan ingat; Sunnah ialah
suatu jalan yang destinasi akhirnya ialah Tuhan.
Beliau juga
amat menggalakkan para pelajar untuk bertanya apa yang berselirat di benak
fikiran mereka dan berfikiran kritis kerana kelas ialah sesi pembelajaran.
Kekeliruan patut dirungkai semasa proses pembelajaran. Antara persoalan yang
timbul, sunnah manakah yang sebenarnya lagi utama? Contoh: Sunnah bersugi atau
sunnah menjaga kebersihan mulut? Selain itu, adakah berjubah ialah sunnah Nabi
atau merupakan adat kaum Arab sahaja? Aku sangat menyukai keterbukaan dan ruang
pertanyaan yang dibuka luas oleh pensyarah itu.
Metod penilaian:
1 esei; aku dapat tajuk perkembangan hadis di Amerika Syarikat. (Rare kan? I like!) 1 set Power
point slides tentang hadis dan perlu dikaitkan dengan analogi, contoh dan
apa jua cara yang boleh memantapkan
kefahaman pembaca.
5. METHODS OF DA'WAH
Pensyarah aku
untuk subjek ini ialah seorang Cina muallaf yang sudah agak berusia. Kelas kami
ialah kelas terakhir yang beliau akan ajar sebelum persaraan beliau. Hari
pertama beliau hadir ke kelas, beliau bertongkat. Aku fikir kerana usia tuanya,
namun sebenarnya beliau pernah lumpuh separuh badan sebelum ini. Semangat
beliau untuk mengajar sangatlah aku kagumi walaupun percakapannya sangat
dipengaruhi oleh pelat Cina beliau. Kadang-kadang sebutan beliau agak sukar
untuk difahami.
Cabaran utama
sewaktu mempelajari subjek ini ialah ketiadaan satu sumber rujukan khusus untuk subjek ini. Pelajar perlu merajinkan diri untuk mencari bahan bacaan berdasarkan ‘course
outline’ yang disediakan. Cara pembelajaran pula, pada beberapa minggu pertama
semester, beliau mengajar daripada buku tulisan beliau. Manakala minggu-minggu
seterusnya sehingga akhir semester ialah sesi pembentangan daripada rakan-rakan
sekelas.
Metod
penilaian: ujian pertengahan semester, pembentangan, peperiksaan akhir
semester.
KONKLUSI
Subjek yang
paling aku suka sem ini ialah Science of Hadith sebab aku boleh banyak bertanya
dalam kelas dan aku dapat ilmu yang baru menerusi pendekatan Dr Kharil Husaini.
Subjek kedua yang paling aku suka ialah Intro To Political Science sebab dapat
bantu aku untuk faham cara pemerintahan Negara
sendiri dan orang lain. Penting kot untuk menjadi warganegara yang baik lagi
perform!
Itu je byeee, salam.
Comments
Post a Comment