KUAT

Aku ada suatu figur yang aku amat-amat aku kagumi.

Sejak kecil, beliau dilatih berdikari. Ulang-alik ke sekolah menaiki tren.

Di universiti, beliau mengambil pengajian Islam. Berkemampuan untuk mengajar bahasa Arab. Sesuailah dengan kos pengajiannya. Cuma yang mengagumkan aku, walaupun beliau mengambil aliran pengajian Islam, beliau fasih berbahasa Inggeris.

Menjadi guru, pengetua dan akhirnya pegawai di Jabatan Pendidikan. 

Beliau sangat bergiat aktif dengan program kemasyarakatan, sehingga selepas pencen.
Conduct kelas tai chi di masjid, mengajar bahasa Arab secara  percuma kepada anak-anak kenalan, membantu koperasi masjid, jadi AJK aktif masjid, giat ke majlis-majlis ilmu di sekitar kawasan rumahnya (tafsir, sirah dsb), menjadi agen pengumpul barang-barang terpakai (baju,
mainan, barang elektrik dll) utk golongan yang memerlukan. 

Dari segi penjagaan kesihatan, beliau amat cakna. Makanan kebanyakannya dimasak sendiri. 
Setiap pagi, beliau akan buat jusnya (saderi+epal+peria+ carrot). Ketika suami beliau masih sihat dulu, mereka bersama-sama berjoging di taman berdekatan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. 

Pencinta alam. Halaman belakangnya dijadikan kebun sayur mini. Ada peria, kacang panjang, bayam,  tomato, anggur, pisang, tebu, limau kasturi, kedondong, cili dsb. 

Seorang nenek yang tegas kepada cucunya apabila kami membuat kesalahan. Bukan memanjakan mereka membabi buta, almaklumlah pengetua sekolah dulu.

---------
Tapi sekarang, bila suaminya semakin uzur, beliau sabar menjaganya di rumah. Suaminya sudah makin lupa-lupa, anak diingatkan cucu, cucu diingatkan anak. 



Beliau yang pada personalitinya seorang yang aktif, kini terhad langkahnya. Ada suami yang perlu dijaga. Tak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan. 

Beliau ada meluahkan, beliau dah lama tak pergi kelas-kelas, bergaul dengan rakan-rakan.
Tapi beliau tetap sabar.
Ada tanggungjawab yang lagi besar, jaga suaminya.

Anak-anak pun tak ramai, masing-masing jauh daripada mereka berdua. Kalau dekat pun, sibuk dengan kerjaya. Anak-anak mereka sendiri sedang berusaha untuk menyeimbangkan segalanya; keluarga mereka, ibu bapa, kerjaya dsb. 
Dan beliau faham. 

Ketika ulang tahun perkahwinan mereka, beliau hanya menyebut: "Doakan kami terus kuat untuk berdikari" dalam group whatsapp famili. 

Sebegitu kuatnya beliau, tak bergantung kepada siapa-siapa kecuali Allah. Berlapang dada dengan kesibukan anak-anaknya. 

Hargai orang tersayang sebelum mereka pergi
Nanti menyesal tak sudah menggigit jari.

Comments

Popular Posts