Skip to main content

Posts

Featured

Cukup

Aku tidak mahu meminta banyak.  Cukuplah dengan aku menjadi yang setia bersamamu sehingga kamu menutup mata selama-lamanya.  Cukuplah aku menjadi saksi bagaimana kekuatanmu sedikit demi sedikit dimamah waktu.  Cukuplah dengan aku menjadi tongkatmu apabila kakimu tidak lagi gagah.  Cukuplah dengan aku yang menyuapkan makananmu saat kamu tidak lagi melakukannya sendiri.  Cukuplah dengan aku menjadi antara insan yang kau lihat wajahnya di saat-saat akhir hidupmu. Aku harap Allah izinkan aku berada di sampingmu ketika kamu meniti saat sakaratul maut.  Aku ingin saksikan turun naik dadamu saat dunia tidak lagi membawa apa-apa nilai dan erti.  Dan aku ingin mengiringimu sehingga jasadmu bersentuh dengan asal usul setiap daripada kita; tanah. Maafkan aku kerana berimpian begini. Aku ingin bersedia sebelum tibanya saat yang pasti; saat akhirnya kamu pergi.

Latest posts

KIN #5: Auntie Cina- Boleh Cakap Melayu tapi Tak Boleh Baca?

KIN # 4 : Cognitive Dissonance, Huffaz & Ilmu tanpa Amal

KIN 3 : Macam -macam Gaya Penulisan

Relationships – Apa tu ?

Haih Perempuan

KIN#2 Kenalanku dan Depresi

KIN #1 Bahasa Arab dan Psikologi?