REACHING HEARTS 3: CAIRKAN BLOK AIS YANG MEMISAHKAN KITA


credits to owner

11 Mei 2016 
9.30 Malam
“Guys, memandangkan pengagihan makanan berlaku dalam sekelip mata, unexpected, kita ada banyak masa lagi sampai 10.45 malam. So, sekarang kita boleh pergi approach homeless, bual-bual dengan diorang. Dan pastikan jalan sepanjang jalan ni, jangan masuk lorong-lorong sebab bahaya.
Last, pastikan jalan dalam group masing-masing. ”
Brothers dan sisters yang dah terpisah dari kumpulan masing-masing tadi mulai terjenguk-jenguk, menjeling ke arah ahli kumpulan masing-masing. “Ke manakah kita selepas ini?”
“Nak gi mana?”, tanyaku kepada 3 orang ahli kumpulanku yang lain; Gee, Man dan Pais. Terkebil-kebil semuanya, tergaru-garu kepala yang tidak gatal kerana tidak tahu ingin ke mana. Sebenarnya, keadaan di sekeliling agak menyeramkan bagiku. Dengan kelibat-kelibat manusia asing yang memerhati dalam gelap. Pemuda-pemuda lelaki dan perempuan yang berpakaian serabai berpeleseran di kaki lima.
“Jalan la depan dulu,” kata Pais. “Laki lah jalan depan,”balasku. Kata Umar al-Khattab, perempuan itu ibarat singa, bahaya kalau jalan depan lelaki (kalau tak silap aku lah). Maka kami mulalah berjalan tanpa arah yang pasti menyusuri jalan itu.
“Pakcik tu,” kata Man, sambil signal dengan kepalanya. Pakcik bertopi cap itu sedang menikmati sebungkus kuetiau goreng dengan khusyuknya. Dia mengepit satu beg di sisinya. Tak sampai hati nak ganggu, kang tercekik payah pulak. Kami berpandangan sesama sendiri, siapa yang ingin memulakan langkah dulu menegurnya. Tak lama selepas itu, pakcik itu bangun dan beredar.
“Oloh, gi doh la,” rungut Pais. Sengih je mampu. Kemudian, aku ternampak seorang lagi pakcik di sebalik tiang. Dia sedang skrol sesuatu di skrin telefon bimbitnya.
“Tu, pakcik tu macam boleh, dia tengah main phone je,” ujarku sambil signal ke arah pakcik yang dimaksudkan.
“Gi ah tegur lu, dok reti siyes,” kata Pais. “Ana pun tak reti,”kata Man. Aku? Tak berani juga. Dan akhirnya, Gee menjadi pemula langkah pertama. Alhamdulillahh.
Gee: Assalamualaikum pakcik. Pakcik sibuk tak?
         Boleh kami ganggu masa pakcik sikit?
Pakcik: Boleh, tapi …nak ganggu macam mana tu?
*aku tahan gelak je masa ni xD*
G: Kami Cuma nak tanya beberapa soalan, sembang-sembang dengan pakcik.
P: Boleh-boleh.
Kemudian, tiba-tiba *moment of silence, awkward*, semua blur nak cakap apaaa. Dan seperti biasa, G mengawal suasana.
G: Apa nama pakcik?
P: Lokman.
G: Umur pakcik berapa?
P: 38 tahun.
G: Pakcik asal mana?
P: Pakcik asal Kelantan, kawasan Jeli.
G: Ohh, berapa lama dah duduk sini?
P: Dah dalam 5 tahun jugak.

A: Pakcik, apa yang pakcik nampak sepanjang duduk kat sini?
P: Nampak apa? *pakcik sengih sikit, mungkin sebab soalan aku bunyi macam silly* Macam-macam la. Macam-macam jenis orang. Dan bahaya. Kalau tidur, IC ni kena simpan kat tempat sulit. Kalau letak kat poket belakang, diorang toreh poket belakang, ambik dan jual IC kita. Dapat la beberapa ratus. Bahaya.

A: Kat sini ramai bangsa apa pakcik?
P: Semua ada, Melayu, Cina, India, pendatang asing dari Myanmar. Tapi yang paling banyak bangsa kita la, bangsa Melayu. Ada anak muda yang lari dari rumah, ada yang pandai tapi frust belajar. Lepas tu, duduk kat sini.
A: Yang dari Myanmar tu, orang Rohingya ke?
P: Tak, yang Rohingya tu kan dapat perlindungan UN. Tapi yang banyak kat sini, orang Myanmar yang Buddha tu.
G: Ohh…
G: Hubungan pakcik dengan orang lain kat sini macam mana? Ok?
P: Kitorang kat sini ok je, baik antara satu sama lain. Cuma kena hati-hati sebab ada yang hisap dadah juga*sambil tunjuk ala-ala jarum ke lengan*.  Orang kat sini, ada macam-macam cerita. Setiap orang ada kisah yang unik. Pergi la tanya nanti.
G: Saya nampak ramai jugak Cina kat sini pakcik.
P: Ha ah, ramai orang Cina kat sini, kebanyakannya warga emas. Ada yang bekas jutawan. Tapi sebab dia jadi penjamin dan orang yang dijamin tu muflis, dia pun terkena tempias sekali. Akhirnya, duduk dekat tepi jalan macam ni. Kalau Melayu, ramai orang muda. India, campur; muda ada, tua pun ada.
Ketika itu, ada seorang lagi pakcik yang terjenguk-jenguk mendengar perbualan kami. Kemudian, dia bercangkung di belakang pakcik ini.
P: Ha, ni kawan pakcik. Dia kerja siang-siang. Dia jual barang-barang terpakai kat Pasar Karak.
A: Oh, barang-barang tu dapat dari mana?
P: Kutip la, lagi-lagi kat kawasan Bukit Bintang. Kawasan orang-orang kaya. Barang bagus lagi, tapi suka hati je buang. Nanti korang pergi la Pasar Karak, tengok keadaan kat sana.  

Dapatan:
- Rupanya pakcik ini boleh dikira perantau, nun dari Negeri Cik Wan Kembang.
- Demografi gelandangan: Warganegara Malaysia; Melayu, Cina India, dan warga asing pun ada.
Dan perbualan kami yang pada mulanya, janggal mulai rancak dan berlangsung selama 30 minit. Sampai kebas-kebas kakiku. Sambungan transkrip perbualan akan disambung dalam post seterusnya. Hehe (Y)
Bersambung..

Comments

Popular Posts