REACHING HEARTS 4: KACA MATA PAKCIK DARI JELI
(sambungan)
credits to www.caradesain.com |
Kerja & Tempat Tidur
G: Pakcik biasanya duduk kat sini sampai pukul berapa?
P: Ohh, pukul 6 pagi dah kena kosongkan tempat ni. Siang pakcik kerja guard dekat TNB. Pakcik duduk macam ni, sebab kalau sewa bilik mahal. Satu bilik kecil RM300 sebulan, pastu tandas kongsi ramai-ramai. Dengan bisingnya lagi. Kalau pakcik duduk tepi jalan macam ni, duit keluar RM200 je sebulan. Baki RM1400 dari gaji pakcik boleh hantar balik kampung.
M: Orang masjid bagi tak tidur kat masjid?
P: Ada la jugak. Seronok tidur kat masjid. Walaupun kita malas nak pergi dengar ceramah, kalau tidur kat masjid, masuk jugak lah dalam telinga sambil-sambil tidur.
Tanggungan dan Rutin DBKL
G: Tanggungan pakcik kat kampung berapa orang?
P: Mak, ayah, anak sedara tiga orang lagi yang sekolah lagi *aku mengandaikan pakcik ni tak kahwin sebab tak sebut langsung pasal anak isteri* Tu la hidup macam ni, jimat. Pagi-pagi, kalau nak mandi, buang air, pergi je tumpang kat McD dan kedai, mamak. Kalau bab makan pulak, ramai yang bagi-bagi makanan kat KL ni. InsyaAllah takkan lapar la duduk KL.

Cuma, ada hari- harinya nanti DBKL datang dengan dua tiga
buah lori. Semuanya diangkut dan dibuang kat tempat lain. Bukan dekat-dekat,
jauh. Ada yang sampai Karak Highway. Yang tua-tua pun diangkut sekali dan
dorang kena jalan balik ke sini. Tapi sebelum dia buang tu, dorang akan dibawa
ke pusat DBKL tu dan akan periksa IC dan air kencing. Kalau ada kaitan dengan
dadah, AADK ambik. Kalau kanak-kanak, nanti Welfare ambik. Kalau yang tua-tua
nak cecah 70 tahun, baru lah dihantar ke rumah-rumah orang tua. Masalah lain
pulak dengan rumah orang-orang tua. Ada yang layan dengan kasar, tu ada yang
lari dari rumah tersebut dan hidup kat tepi-tepi jalan.
Usaha Kerajaan
M: Kerajaan ada buat apa-apa tak untuk tolong?
P: Kerajaan? Umm, ada rumah transit yang Rosmah lancar tu. Tapi sebenarnya tak cukup, sebab dorang cuma bagi tempat tinggal dan makan minum. Sepatutnya kena ajar kemahiran. Yang simple-simple pun dah cukup, jangan susah-susah. Macam baiki kasut, tebar roti canai ke.. Sebab kalau bagi makanan je, minta maaf cakap, macam binatang. Kita bela binatang dengan bagi makanan kan. Tapi, kalau manusia, kemahiran tu yang perlu diberi. Supaya dorang pandai hidup sendiri.
*Pakcik sedang berbicara mengenai pengurusan sumber manusia dan konsep “give the rod, not the fish”* *a round of applause please*

Pasal pemimpin kita pulak, sepatutnya kena jadi macam
Saidina Umar dulu. Dia turun untuk tengok keadaan rakyat. Hari tu, ada sorang
YB perempuan, dia luangkan satu malam merasa tidur kat tepi-tepi jalan, bersama
lipas dan tikus. Baguslah usaha dia tu.
*Hebat pakcik klate ni, Saidina Umar pula masyaAllah*

Kristian dan Dakwah Islam
P: 10 tahun dulu, takde orang Islam yang bagi-bagi makanan.
Dulu, semua orang pergi Gereja Bukit Nanas. Tapi Alhamdulillah sekarang dah
ada; baitulmal, jawi… Jadi, kita ada alternatif.
*Nota: Perkataan Alternatif itu benar-benar terpacul dari mulut pakcik, bukan paraphrase.*
Dorang ni pandai strategi, sebelum bagi makan. Tayang dulu movie Hollywood. Kemudian, kaitkan skit dengan agama mereka dan ajak berdoa macam mereka. *ada la gaya tangan* Ada yang terpengaruh, ikut, memang ada yang terpesong. Tapi pakcik masih terjaga Alhamdulillah. Pakcik ragu-ragu sikit kalau nak ambik makanan dari dorang. Kadang-kadang, memang la sayur, tapi kita mana tahu kot-kot dia masak dengan minyak babi.
A: Jadi, pakcik rasa perkembangan dakwah Islam kat sini macam mana?
P: Hmm.. dakwah hari ni bukan macam zaman Nabi. Ada satu institusi tu *taknak sebut*, bila ada yang minta duit nak balik kampung, kena marah; “Tu la pemalas! etc”. Tapi kalau pergi kat Kristian, depa cakap lembut-lembut je. Contoh : “Ni rokok tak boleh hisap ye kawan.”
------------------
Jam dah menunjukkan 15 minit melewati jam 10. Bila dihitung-hitung, sudah hampir setengah jam kami berbual. Rajin pakcik ni melayan soalan-soalan kami yang random. Dan aku mulai perasan lipas yang berlari-berlari berhampiran bekas penutup longkang berhampiran.

Sesungguhnya pakcik yang agak gempal, berkepala hampir botak
dan berpakaian lusuh ini bukan sembarangan orang. Dia punya pengalaman hidup
dan kisah yang cukup bermakna untuk dikongsi. Aku kagum kerana dia sanggup
berkorban tinggal di jalanan untuk menyara tanggungan di kampung. Dia bukan hidup
goyang kaki, hanya menunggu rezeki dari langit. Siangnya, pakcik ini bekerja
selama 12 jam; dari 8 pagi hingga 8 malam. “Sapa yang nak hidup susah?”,
katanya. Tapi ini semua sebahagian daripada hidupnya, perlu juga diharungi.
Kita? Ada dorm yang masih boleh dibuat tempat tidur dan tempat belajar pun, kadang-kadang masih rancak merungut. Sedangkan ada yang tidur tanpa dinding yang memagari, tanpa bumbung yang elok, tanpa katil, hanya beralaskan kotak atau simen sejuk. Dapat peluang bisa belajar dengan selesa, kok masih dihambat kemalasan? Patutkah kita terus merungut dan bermalas-malas?
Ini tak consider rakyat Syria lagi, baru rakyat sendiri yang bebas perang fizikal! Sedarlah wahai diri.

*Maaflah susunannya agak random dan berterabur. Tapi
memang hakikatnya begitu, soalan-soalannya sangat random semasa perbualan. Dan
memandangkan dah seminggu berlalu program Reaching Hearts, maka saya cuba
mengekstrak apa yang termampu dari memori. Kebanyakan ayat ialah hasil paraphrase,
tapi poinnya sama insyaAllah. Kalau ada ahli kumpulan saya yang baca dan
seperti ada fakta yang salah, kabo deh.
Moga coretan saya dapat membuka mata kita semua tentang
golongan gelandangan dan kisah hidup seharian mereka. Perhati hari ini, supaya
esok kita tak ulang kesalahan yang sama lagi.
Comments
Post a Comment