'Ter'jiwang

Di sekolahnya di kawasan bandaraya pesisir air.

Hari itu, ramai guru tak hadir ke kelas. Musim kem la katakan. Cikgu-cikgu dijemput ke sana sini untuk menjadi fasilitator di kem-kem tersebut. 

Kelas 4 Bukhari riuh rendah dengan suara-suara penghuninya yang asyik berbual-bual sesama sendiri. Sesekali, kedengaran ketawa berkekekan. Tak pasti dari kaum yang mana. 

Kebanyakan penghuni kelas itu, belum lagi mencapai tahap kematangan yang sepatutnya. Tapi aku suka je. 

Dua sahabat baik itu sibuk menyusun helaian-helaian kertas yang berselerakan di atas meja. Mereka baru sahaja selesai membincangkan beberapa soalan tutorial Fizik tajuk Resolution of Forces. 

Aisy memang selalu pening bab tu. Mujurlah sahabatnya, Nisa' pakar dalam subjek Fizik. Boleh juga menjadi rujukan jika Sir Norman mereka ke luar negeri. 

Aisy melepaskan keluhan kecil. Otaknya sudah berasap memikirkan penyelesaian soalan-soalan tadi. 

"Siap jugak, akhirnya! Haha. Dah berbulan -bulan tertangguh. Memang rajin."

"Aisy.."

"Hmm, apa dia?"

"Awak pernah dengar tak hadis yang pasal, kalau kita sayangkan seseorang, beritahu dia."

"Tak, first time saya dengar ni. 
Kenapa? Tetiba je."

Aisy mengambil botol airnya yang besar gedabak, lalu meneguknya dengan lahap sekali. Minum air masak seringkali dapat melegakan  sedikit kepala Aisy yang mulai berdenyut-denyut kepenatan. 

"Aisy,

Saya sayangkan awak lillah."

"Hah? Apa awak cakap tadi? Saya dengar bunyi tekak saya telan air je tadi. Ce ulang balik"

"Saya sayangkan awak lillah."

Muka Nisa' segera ditenungnya. 
Biar betul semek ni? 

Aisy diam, terasa lucu. Mukanya merah menahan ketawa. Bukannya apa, siapa yang tak kenal perangai Nisa.

Bab cintan cintun, crush semua tu, takkan dilayan. Tapi hari tu, Nisa berkelakuan luar dari kebiasaan.

"Geli la weh! ," ujar Aisy. Bergetar suaranya kerana menahan ketawa.

"Hish dia ni!  orang tengah serius, boleh gelak pulak. Awak tahu tak betapa susahnya saya nak bagi ayat-ayat jiwang ni? Mahal tau."

"Yeee lah, mahaaal sangat" laung Aisy, lalu terburai ketawanya. Pantas, tangannya ditekapkan ke mulut. Anak dara tak elok ketawa kuat-kuat. 









Comments

Popular Posts